Masih ramai tidak sedar bahawa ancaman serangan pengganas di Malaysia adalah sesuatu yang nyata dan benar.
Ini kerana pada umumnya keamanan dan keselamatan sentiasa terjamin dalam negara, membolehkan rakyat Malaysia menjalani kehidupan seharian mereka tanpa rasa takut.
Rakyat Malaysia dikejutkan dengan hakikat itu apabila serangan pertama didalangi kumpulan pengganas Daish berlaku di bumi Malaysia pada 28 Jun apabila sebutir bom tangan dilontar ke sebuah pusat hiburan di Puchong, mengakibatkan lapan individu cedera.
Namun, rakyat Malaysia kurang tahu akan tindakan awal dilakukan pihak polis dalam menangani perkara itu yang berjaya mengekang sekurang-kurangnya 14 serangan keganasan yang dirancang di Malaysia oleh militan Daish, menurut seorang pegawai kanan pencegahan keganasan.
Kalangan pegawai keselamatan keberatan untuk berkongsi butiran cubaan serangan itu susulan sensitiviti maklumat berkaitan perkara itu.
Tetapi, apakah kaedah digunakan pihak berkuasa dalam mengekang cubaan serangan keganasan itu?
Satu daripada caranya adalah mengekang mereka daripada memperoleh senjata atau bahan letupan dengan menyekat penyaluran dana kepada kumpulan-kumpulan yang mempunyai niat jahat itu.
Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata sekatan dana dapat menghalang kumpulan ini daripada mempunyai kemampuan memperolehi senjata api atau bahan letupan bagi melakukan serangan.
"Kita memang mengawasi dan menyekat sekiranya ada individu cuba menyalurkan dana kepada kumpulan ini, langkah lain kita (PDRM) tidak boleh dedahkan," katanya kepada Bernama, di sini, baru-baru ini.
Pertukaran risikan turut memainkan peranan penting dalam langkah memerangi keganasan dalam usaha melindungi Malaysia daripada serangan mengerikan seperti yang dilihat berlaku di ibu negara beberapa negara di dunia seperti Paris, Brussels dan Istanbul pada 2016.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa menjalin kerjasama di peringkat antarabangsa dengan berkongsi maklumat bagi membendung ancaman kumpulan militan itu yang aktif menyebarkan pengaruh mereka melalui media sosial.
"Kami sentiasa pantau masalah ini dan akan terus berbuat demikian... PDRM sentiasa siap siaga hadapi apa juga masalah yang berlaku," kata Fuzi.
Menurut statistik polis, sebanyak 260 orang terdiri daripada warga tempatan dan asing telah ditahan di negara ini sejak 2013 hingga sekarang kerana penglibatan dalam kumpulan militan.
Keseriusan kerajaan dalam memerangi ancaman itu dapat dilihat dengan pelancaran Pasukan Operasi Khas Nasional (NSOF) sebagai pasukan pertama yang akan bertindak sekiranya berhadapan ancaman keganasan.
NSOF dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Okt lepas, dianggotai 17 pegawai dan 170 anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Bagi berkongsi inisiatif negara dalam memerangi keganasan dalam kalangan negara anggota ASEAN dan lainnya, Kuala Lumpur telah mewujudkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) untuk mengekang penyebaran ideologi dan propaganda militan di Internet.
Malaysia juga bersedia berkongsi dengan dunia program deradikalisasi dilaksanakannya bagi pesalah terlibat dalam gerakan ekstremis, radikal dan Daesh yang telah mencapai kadar rehabilitasi yang tinggi iaitu 97 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2016
Menurut Mohamad Fuzi, rakyat Malaysia kurang tahu akan tindakan awal dilakukan pihak polis dalam menangani perkara itu
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
MAA dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, walaupun berlaku penurunan tahunan, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada November adalah 3.3 peratus lebih tinggi berbanding 69,859 unit pada Oktober.
Pembantu Istana Buckingham ditahan bergaduh di parti Krismas
Seorang wanita berusia 24 tahun ditahan atas tuduhan melakukan serangan, kerosakan dan berkelakuan mabuk.
Poland miliki dron canggih dari Amerika bernilai AS$295 juta
Kerajaan Poland menandatangani kontrak pemilikan dron berteknologi tinggi bernilai $295 juta dolar dengan syarikat pembuatan dron General Atomics dari Amerika Syarikat pada Jumaat. Pembelian dron MQ-9B Sky Guardian itu sebahagian daripada usaha Poland merealisasikan impiannya untuk mewujudkan pasukan ketenteraan dronnya yang tersendiri.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.