awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish

Bernama
Bernama
19/07/2024
08:48 MYT
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid. - Gambar hiasan
KAJANG: Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki buku, lukisan bendera, artikel dan dua video berkaitan dengan kumpulan Daish, bulan lepas.
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, tertuduh didakwa memiliki tiga buku, satu lukisan bendera, satu artikel dan dua video di dalam telefon bimbitnya yang berkaitan dengan kumpulan Daish di sebuah rumah di Kajang pada 9.25 pagi, 23 Jun lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainaa Ridzwan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#pengawal keselamatan
#daish
#video daish
#bendera daish
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan