awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari

Bernama
Bernama
03/06/2023
10:15 MYT
Pecah amanah RM24.8 juta: Reman penolong akauntan disambung tujuh hari
Sik Choon Foo berkata kebenaran lanjutan reman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini, semalam. - Gambar fail
KOTA BHARU: Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kebenaran lanjutan reman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini, semalam.
"Suspek disambung reman tujuh hari lagi bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Lelaki itu sebelum ini direman bermula 27 Mei hingga semalam.
Menurut laporan media, suspek ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kehilangan wang kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan agensi berkenaan melalui Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan.
Hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit membuat 194 transaksi daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik agensi kerajaan berkenaan ke akaun syarikatnya sejak 2016 hingga Mei 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#KKDW
#pecah amanah
#penolong akauntan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan