awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecah mesin ATM, kumpulan perompak larikan lebih RM260,000

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/12/2020
08:24 MYT
Pecah mesin ATM, kumpulan perompak larikan lebih RM260,000
Premis serbaneka yang terlibat dalam kes pecah mesin ATM di Taman Meru Indah Klang awal pagi Isnin. Foto: PDRM
KLANG:Sekumpulan penjenayah memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan melarikan wang tunai lebih RM260,000 dalam rompakan di sebuah kedai serbaneka di Taman Meru Indah Klang awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, suspek telah menggunakan gas 'Oxy Acetylene' untuk memecahkan mesin ATM berkenaan.
“Hasil siasatan mendapati kejadian pada jam 5.15 pagi itu melibatkan seramai empat hingga lima suspek bertopeng berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Suspek juga sebelum itu telah menyembur cat hitam ke arah kamera CCTV bagi mengelakkan perbuatan mereka dirakam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Menurut Nurulhuda, kumpulan suspek mengambil masa selama 30 hingga 40 minit untuk melarikan kesemua wang tunai tersebut.
Katanya, polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Klang
#pecah ATM
#PDRM
#Mesin ATM
#wang tunai
#rompakan
#kedi serbaneka
#Taman Meru Indah
#Ketua Polis Daerah Klang Utara
#Nurulhuda Mohd Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan