PELAKON Rita Rudaini bersyukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang berjaya memperoleh Anugerah Pengetua MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) atas kecemerlangannya dalam bidang akademik.
Rita, 47, gembira dan menganggap kejayaan yang diperoleh anaknya itu sebagai hadiah istimewa sempena hari jadinya.
“Tahun lepas hari jadi mommy (panggilannya), Rayyan bagi hadiah dapat tempatkan diri di MRSM. Tahun ini Rayyan bagi hadiah lagi dapat Anugerah Pengetua dengan pointer tinggi.
“Syukur alhamdulillah. Mommy tak minta lebih, cuma nak anak-anak buktikan pada diri sendiri dan kepada orang di luar sana yang kita mampu berjaya.
“Pedulikan cemuhan dan kejian manusia kerana Allah SWT sentiasa ada untuk kita,” katanya.
Pelakon Mami Jarum itu berkongsi perkara berkenaan di dalam satu hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.
Rayyan yang bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan itu memperoleh pointer yang tinggi, sekali gus melayakkannya mendapat anugerah tersebut.
Anugerah Pengetua MRSM merupakan anugerah yang diberikan kepada pelajar yang memperoleh Purata Nilaian Gred (PNG) 3.50 dan ke atas.
Rita yang merupakan seorang ibu tunggal itu turut memanjatkan rasa syukur kerana dikurniakan rezeki anak-anak yang baik dalam hidupnya.
“Terima kasih Allah kerana hadiahkan rezeki anak-anak yang baik untukku. Rezeki Ramadan,” katanya.
Dalam hantaran itu juga, pelakon itu turut berkongsi video anaknya berjalan di atas pentas untuk mengambil anugerah, selain video berbentuk ucapan yang dibuat oleh Rayyan untuk ibunya.
“Assalamualaikum mommy. Selamat hari jadi. Ini hadiah daripada saya. Saya doakan semoga mommy panjang umur dan murah rezeki,” katanya.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengikut Rita turut berkongsi rasa gembira dan terharu atas kejayaan pelakon itu membesarkan anak-anak sehingga berjaya menjadi zuriat yang soleh dan bijak.
Malah ramai yang menganggap Rita sangat beruntung kerana dikurniakan cahaya mata yang baik dan berjaya bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat. -- Gempak
Gempak
Thu Apr 13 2023
Rayyan yang bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Gemencheh, Negeri Sembilan itu memperoleh pointer yang tinggi, sekali gus melayakkannya mendapat anugerah tersebut.- Gempak
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra
Wisma Putra berkata pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA).
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
“Tak perlu risau tiada pasangan untuk jaga kita...” - Rita titip kata-kata semangat pada Bella
Pesan Rita pada Bella jaga anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT dengan sehabis baik.
"Pedulikan cemuhan"- Rita Rudaini bangga anak dapat anugerah Pengetua MRSM
Rita Rudaini bersyukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang berjaya memperoleh Anugerah Pengetua MRSM.
Masih tergilakan Aidil Zafuan? Ini jawapan Rita Rudaini
"Saya bukan serik, cuma belum terfikir untuk kembali berumah tangga," kata Rita Rudaini.
Zul Huzaimy juara All Stars Buka Panggung, bawa pulang RM50,000
ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip.
Rita Rudaini mula rasa anak makin jauh dengannya
Pelakon Rita Rudaini runsing memikirkan sikap anak lelakinya yang dilihat semakin mahu menjauhkan diri daripadanya.
'Mummy sebak, tengok Daddy orang lain pujuk dan peluk dia...' - Rita Rudaini
Allah Rayyan... Sedihnya bila tengok dia menangis.
"Kalau apa-apa terjadi pada saya..." - Rita Rudaini
Kehidupan sebagai seorang ibu tunggal bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui...
Krisis bola sepak Perlis: Rasa malu, terhina - Rita Rudaini
Rita memaklumkan PFA menghubunginya, dipercayai ada kena mengena dengan kelab bola sepak RR Cougars FC miliknya.
Ada orang kurang senang jika Rita Rudaini berbaik dengan bekas suami
Pelakon Rita Rudaini melahirkan rasa kurang senang terhadap pihak yang tidak mahu melihat dirinya berbaik dengan bekas suami, Aidil Zafuan walaupun demi anak-anak mereka.
Anak minta 'daddy baru, ini respon Rita Rudaini
Pelakon Rita Rudaini mendedahkan permintaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang menginginkan ayah baru bagi menggantikan tempat Aidil Zafuan.