Sentiasa berpegangkan konsep mendidik Sapientia Et Caritas yang bermaksud Bijaksana dan Penyayang, guru kimia Yasmin Noorul Amin, 38, disenarai pendek antara 50 dalam Anugerah Hadiah Guru Global anjuran Yayasan Varkey Gems.

Yasmin yang kini mendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya berkata antara formula kejayaannya di dalam kelas adalah dengan membuat beberapa inovasi berdasarkan konsep Sapientia Et Caritas sekolahnya itu.

“Guru-guru di SMK La Salle Petaling Jaya memang menerapkan konsep bijaksana dan penyayang ini di dalam kelas dan kita pun membimbing pelajar ke arah tersebut.Antarainovasiyang saya lakukan adalah ‘Sleep Activity’.

“Pelajar hari ini memang terdedah dengan dunia elektronik maka mereka mudah penat apabila berada di dalam kelas,” tambah beliau.

Untuk 'Sleep Activity', beliau berkata muzik akan dipasangkan dan memberi pelajar berehat sebentar meminta mereka untuk memikirkan perkara-perkara yang gembira.



“Selepas itu saya minta pelajar untuk berkongsi dengan saya apa happy thoughts mereka dan dengan itu saya membina satu hubungan dengan pelajar tersebut dan seterusnya memudahkan pembelajaran saya selepas itu,” kata beliau.

Beliau yang sebelum ini bekerja sebagai seorang jurutera dicalonkan sendiri oleh bekas anak muridnya Shughes Balakrishnan, 19.

“Saya mengetahui anugerah itu melalui Facebok di mana ia menawarkan wang tunai sebanyak AS$1 juta kepada guru yang memenanginya. Pada mulanya saya sangka ia adalah penipuan atas talian namun saya membacanya dengan teliti dan mencalonkan Puan Yasmin,” kata Shughes.

Beberapa minggu selepas itu, Yasmin yang sebelum ini mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun Pulau Pinang mendapat emel daripada Yayasan Varkey Gems untuk menulis beberapa esei.

“Ini adalah antara cara saya untuk menghargai sumbangan yang telah dicurahkan oelh Puan Yasmin, walaupun apa yang beliau lakukan sebelum ini pun tidak cukup untuk saya ucapkan terima kasih,” kata Shughes.

Shughes berkata kelainan didikan Puan Yasmin adalah dengan memberi peluang kepadanya untuk mencuba pelbagai eksperimen mendorongnya untuk menghantar percalonan itu.

“Puan Yasmin memberikan saya peluang untuk mencuba sesuatu yang tidak selalu dilakukan oleh guru-guru lain dan beliau sememangnya popular di kalangan muridnya. Celoteh dan cerita pengalamannya di dalam kelas membuatkan pelajaran itu semakin menarik,” tambah Sughesh.

Sementara itu, Yasmin turut menerangkan bagaimana konsep kasih sayang perlu diterapkan dalam diri pelajar hari ini kerana generasi kini lebih terdedah dengan alat elektronik.

“Mereka kurang hubungan dengan manusia sekeliling, maka di sekolah saja dapat menekankan konsep ini kerana kita tidak benarkan membawa telefon dan kita kena bina satu konsep kasih sayang dengan pelajar supaya mereka ada hubungan kasih sayang dengan manusia,” kata Yasmin.

Beliau berkata ucaplah tahniah, bagus, sekiranya pelajar dapat menjawab sebaiknya dan berikan ganjaran kepada mereka.

“Saya tidak menggunakan sebarang bentuk hukuman di dalam kelas.Merotanbukanperkara yang saya lakukan. Saya percaya kita boleh mengasuh disiplin tanpa menggunakan rotan.

Secara dasarnya, saya suka melihat gelagat pelajar dan senyum. Mereka akan diam tertanya-tanya dan saya mendapat perhatian mereka dari situ,” tambah Yasmin.

Yasmin berkata beliau tidak perlu menjerit jika para guru dapat menjelaskan konsep ‘give and take’ kepada murid-muridnya.

Orang ramai boleh memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada beliaudiFacebook Yasmin Noorul Amin for Global Teacher Prize.