KUALA LUMPUR:Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan hari ini memaklumkan seorang pegawai kontrak ahli Dewan Negara di Parlimen disahkan positif COVID-19.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu itu, susulan itu pihaknya menjangkakan beberapa ahli Dewan Negara berkemungkinan turut dijangkiti wabak tersebut.

"Ini kerana mereka merupakan kontak rapat kepada ahli Dewan Negara dan mempunyai kaitan keluarga.

"Saya rasa Yang Berhormat mendapat penjelasan ketua whip parti masing-masing berhubung tempoh masa persidangan," katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika mencadangkan usul untuk menangguhkan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada hari ini sehingga pada pukul 1 pertang.

BACA: COVID-19: Pegawai khas Senator Ras Adiba positif, 10 ahli keluarga tunggu keputusan

BACA: Dewan Rakyat lulus usul mesyuarat dipendekkan hari ini