awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam'

Bernama
Bernama
29/07/2024
13:44 MYT
Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam'
Seorang pegawai bank kerugian RM260,400 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon. - Foto hiasan
KUANTAN: Seorang pegawai bank kerugian RM260,400 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 55 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 16 Julai lepas, dan memaklumkan dia terlibat dengan jenayah komersial.
"Panggilan itu kemudian disambungkan kepada suspek yang kononnya polis dan menyatakan surat Perintah Penangkapan dan Perintah Pembekuan Aset daripada Mahkamah Persekutuan Malaysia terhadap mangsa telah dikeluarkan.
"Mangsa turut diminta menyerahkan harta bagi tujuan itu dan memindahkan wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) ke dalam akaun bank atas arahan suspek bersama-sama maklumat akaun bank," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa hanya menyedari wang dalam akaun miliknya berkurangan apabila memeriksa dengan bank semalam dan mendapati beberapa transaksi pengeluaran wang berjumlah RM260,400 telah dilakukan.
"Sumber kerugian kewangan mangsa adalah duit KWSP miliknya. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai bank
#rugi
#phone scam
#Polis Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan