awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai bank rugi RM53,700 ditipu sindiket kerja sambilan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2023
05:45 MYT
Pegawai bank rugi RM53,700 ditipu sindiket kerja sambilan
Pengadu menyertai tawaran kerja sambilan di Facebook dengan dijanjikan komisen sebanyak 30 peratus daripada jumlah pembayaran. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai bank mengalami kerugian sebanyak RM53,700 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan kejadian itu daripada seorang lelaki berusia 41 tahun pada hari yang sama.
"Pengadu menyertai tawaran kerja sambilan di Facebook pada jam 11 pagi. Mangsa telah dijanjikan komisen sebanyak 30 peratus daripada jumlah pembayaran.
"Bagi tugasan pertama pengadu mendapat pulangan sebanyak RM130, selepas itu, dia telah membuat enam kali transaksi ke dalam dua akaun berbeza," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
A Asmadi berkata, pengadu gagal mendapat pulangan dan bayaran balik serta mensyaki dirinya telah ditipu kerana jumlah bayaran yang diminta semakin besar.
"Pengadu juga dimaklumkan sekiranya dia berhenti membuat kerja tersebut wangnya akan hangus.
"Laporan polis dibuat mangsa dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pegawai bank
#sindiket penipuan
#kerja sambilan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan