Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian projek bernilai RM10,000, tahun lepas.
Tertuduh, Hairul Nizan Mhd Idris, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai pegawai dakwah kontrak gred S41 di Pejabat Agama Islam Hulu Langat didakwa menggunakan jawatannya untuk mengemukakan permohonan dan syor pembekalan barangan oleh syarikat Prisma Jaya Kini Resources berjumlah RM10,000 bagi majlis tilawah Al- Quran peringkat daerah itu.
Syarikat pembekalan makanan dan minuman itu dimiliki oleh abang kandung Hairul Nizan dan kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di pejabat agama Islam berkenaan pada 1 Feb 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamed Heikal Ismail memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000, namun peguam tertuduh, Hamidi Mohd Noh meminta supaya jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000.
Hamidi berkata, tertuduh tidak mampu menjelaskan jumlah jaminan yang terlalu tinggi kerana hanya bergaji RM3,000 sebulan dan menanggung isteri yang bekerja sebagai guru serta tiga anak berumur dua hingga 11 tahun.
Rozilah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM20,000 melalui seorang penjamin dan perlu melapor diri di Pejabat SPRM Selangor setiap hujung bulan.
Tertuduh membayar wang jaminan dan kes akan disebut semula pada 4 Sept depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2017
Seorang pegawai dakwah kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Hairul Nizan Mhd Idris, 36, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan kuasanya, tahun lepas. - Foto BERNAMA
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Pegawai JAIS salah guna kuasa didakwa
Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam pemberian projek bernilai RM10,000, tahun lepas.