awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kilang makanan sejuk beku di Puchong terbakar, tiada mangsa terlibat
[TERKINI] Isma Aliff meninggal dunia
Agong zahir nasihat tegas kepada PTD baharu, pastikan junjung integriti dan amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai JPJ nafi terima habuan bulanan daripada syarikat lori

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
05/07/2022
04:30 MYT
Pegawai JPJ nafi terima habuan bulanan daripada syarikat lori
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Selasa. - Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan bulanan berjumlah RM500 bagi melindung sebuah syarikat pengangkutan, sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Ahmad Jamil Md Saru, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus 12 pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut 10 pertuduhan dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, tertuduh yang merupakan Pembantu Penguatkuasa Kanan JPJ didakwa menerima wang berjumlah RM500 setiap bulan tanpa balasan daripada seorang individu yang merupakan pengurus sebuah syarikat pengangkutan.
Kesalahan itu dilakukan antara 28 April 2020 hingga 3 Mac 2021 menerusi 10 transaksi yang melibatkan jumlah keseluruhan RM5,000 di sebuah bank di Merlimau, Jasin.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut didakwa atas dua lagi pertuduhan menerima suapan bernilai RM3,500 daripada individu sama sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lori-lori milik syarikat berkenaan.
Justeru, bapa dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Irwanshah Abdul Samat mencadangkan jaminan RM4,500 dengan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melaporkan diri ke pejabat SPRM Melaka setiap bulan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan dia menyara dua anak termasuk seorang anak orang kelainan upaya (OKU).
Selepas mendengar hujahan kedua pihak, Elesabet pada penghakimannya kemudian bersetuju membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 beserta syarat-syarat tambahan berkenaan dan menetapkan 15 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Topic Berkaitan
#JPJ
#suapan
#Ahmad Jamil Md Saru
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan