KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa dia melihat seorang pegawai berpangkat leftenan muda duduk di atas perut mendiang J. Soosaimanicckam dan menamparnya berkali-kali, sehari sebelum mangsa meninggal dunia.
Anas Hakimi Mat, 31, yang kini bekerja sebagai peguam berkata pegawai berkenaan yang dikenali sebagai Leftenan Muda Ariff melakukan perbuatan itu terhadap pegawai kadet Soosaimanicckam, 27, semasa latihan kadet pada 18 Mei 2018.
"Kejadian itu berlaku pada hari Jumaat sehari sebelum dia mati pada 19 Mei 2018. Semasa kejadian, kami semua di hadapan dia dan melihat dia dipukul dan kami berbaris dalam posisi 'push up', hampir semua nampak apa reaksi pelatih.
"Seorang pegawai bernama Mejar Rahim datang ke tempat kejadian dan meredakan keadaan," katanya.
Saksi plaintif keempat itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam Zaid Malek mewakili S. Joseph selaku plaintif dalam samannya terhadap kerajaan Malaysia, Menteri Pertahanan dan 13 pihak lain sebagai defendan.
Menurut Anas, mendiang sering diasingkan daripada pelatih lain kerana dia berkali-kali memohon untuk dikecualikan daripada latihan atas alasan perubatan.
Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan Nur Ezdiani Roleb, Anas tidak bersetuju bahawa tujuan mendiang diasingkan dan diberi layanan kasar untuk memantapkan disiplin dan semangat juang untuk negara.
Katanya mendiang seorang yang berbadan besar dan kadangkala mempunyai masalah disiplin.
Terdahulu, mahkamah juga mendengar keterangan dua abang kandung mangsa yang juga saksi plaintif kedua dan ketiga iaitu J. Charles, 38, dan J. Calvin, 36.
Dalam saman yang difailkan pada 19 Mei 2021, keluarga mangsa mendakwa defendan-defendan cuai dengan tidak memberikan rawatan kecemasan sewaktu mangsa rebah pada hari kejadian, selain cuai untuk memantau kesejahteraan serta kesihatan mangsa ketika sesi latihan.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Soosaimanicckam yang merupakan Pegawai Kadet Graduan (PKG) disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut dan Mahkamah Koroner Ipoh tahun lepas memutuskan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan punca kematian pegawai kadet itu.
Koroner Ainul Shahrin Mohamad juga memutuskan punca kematian Soosaimanicckam yang meninggal dunia semasa menjalani latihan sebagai pegawai kadet di KD Sultan Idris, Lumut adalah disebabkan edema pulmonari.
Perbicaraan di hadapan Hakim Idah Ismail bersambung pada 17 April.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Terdahulu, mahkamah juga mendengar keterangan dua abang kandung mangsa yang juga saksi plaintif kedua dan ketiga iaitu J. Charles dan J. Calvin. - Gambar hiasan
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.
KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM
Kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.
Kapal LMS Batch II digeruni kekang pencerobohan asing di Laut China Selatan
Tiga LMS dibina mengikut rekaan korvet kelas Ada oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil ini menepati keperluan TLDM melaksanakan pelbagai tugas.
Pembawa pulang kapal selam pertama Malaysia kini Panglima Tentera Laut ke-19
Komander yang membawa pulang kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis pada 2009 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-19.