KUANTAN: Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuantan atas 13 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM28,000 daripada seorang pengarah sebuah syarikat, dua tahun lalu.
Tertuduh, Kapten Maritim Mohamad Sulhan Zainon, 51, mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zani.
Berdasarkan kertas pertuduhan pertama hingga ke-13, tertuduh didakwa menerima suapan daripada Tan Zhee Wei, Pengarah syarikat Aceoil Services Sdn Bhd, melalui pindahan wang atas talian, secara bulanan ke dalam akaun bank Malayan Banking milik tertuduh sejak tahun 2019.
Suapan tersebut didakwa diterima sebagai dorongan untuk tidak melaksanakan pemeriksaan ke atas kapal-kapal milik syarikat Khun Shan Shipping Sdn Bhd dan Aceoil Services Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan dilakukan antara 19 April 2019 sehingga 27 November 2020 di Malayan Banking Berhad Cawangan Bukit Ubi, di sini.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama, memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tertuduh yang diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed mohon untuk dibicarakan bagi kesemua kes dan mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 30 Jun 2021 sebagai tarikh sebutan semula.
Astro Awani
Fri May 21 2021
Suapan tersebut didakwa diterima sebagai dorongan untuk tidak melaksanakan pemeriksaan ke atas kapal-kapal milik syarikat Khun Shan Shipping Sdn Bhd dan Aceoil Services Sdn Bhd.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pegawai kanan maritim tidak mengaku terima suapan RM28,000
Suapan tersebut didakwa diterima sebagai dorongan untuk tidak melaksanakan pemeriksaan ke atas kapal-kapal milik syarikat Khun Shan Shipping Sdn Bhd dan Aceoil Services Sdn Bhd.