awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan polis didakwa terima rasuah ubah suai rumah, deposit motosikal berkuasa tinggi

Sinar Harian
Sinar Harian
19/05/2025
05:45 MYT
Pegawai kanan polis didakwa terima rasuah ubah suai rumah, deposit motosikal berkuasa tinggi
Dia didakwa menerima bayaran ubah suai rumah bernilai RM9,000 dan wang pendahuluan pembelian motosikal berkuasa tinggi sebanyak RM4,500 daripada seorang kontraktor.
KOTA BHARU: Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dua pertuduhan menerima rasuah melibatkan kerja ubah suai rumah dan deposit pembelian motosikal berkuasa tinggi berjumlah RM13,500 semasa bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang pada tahun 2018.

Ringkasan AI
  • Seorang pegawai kanan polis, ACP Mohd Firdaus Mohamad, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM13,500 semasa bertugas di IPD Machang pada tahun 2018.
  • Dia didakwa menerima bayaran ubah suai rumah bernilai RM9,000 dan wang pendahuluan pembelian motosikal berkuasa tinggi sebanyak RM4,500 daripada seorang kontraktor.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan syarat tambahan termasuk melapor diri kepada SPRM setiap bulan, menyerahkan pasport, dan tidak mengganggu saksi.

Tertuduh, Asisten Komisioner Mohd Firdaus Mohamad, 40, yang kini bertugas di Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam Dalam Negeri, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menerima bayaran pengubahsuaian rumah bernilai RM9,000 secara percuma tanpa sebarang balasan daripada seorang kontraktor berusia 38 tahun di Kampung Pak Elong Telong, Bachok, antara Januari hingga Jun 2018.
Pertuduhan kedua pula melibatkan penerimaan wang berjumlah RM4,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi pembelian motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Versys, yang diterima daripada individu sama di IPD Machang pada Januari 2018.
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob, manakala tertuduh diwakili peguam Azura Ghazali.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia.
Syarat tambahan turut dikenakan, iaitu tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM antara 1 hingga 5 hari bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes rasuah
#pegawai polis
#motosikal berkuasa besar
#ubah suai rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan