awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan polis didakwa ugut kontraktor, hantar gambar pembunuhan kejam

Bernama
Bernama
02/09/2024
08:55 MYT
Pegawai kanan polis didakwa ugut kontraktor, hantar gambar pembunuhan kejam
DSP K. K Ravindhran, 52, didakwa atas dua pertuduhan membuat ugutan jenayah itu terhadap dua kontraktor elektrik masing-masing berumur 42 dan 50 tahun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan mengugut dua individu dengan menghantar gambar pembunuhan kejam seorang lelaki menggunakan aplikasi WhatsApp, lima bulan lepas.
DSP K. K Ravindhran, 52, didakwa atas dua pertuduhan membuat ugutan jenayah itu terhadap dua kontraktor elektrik masing-masing berumur 42 dan 50 tahun dengan menghantar gambar yang menunjukkan seorang lelaki dibunuh dengan kejam menerusi aplikasi WhatsApp melalui satu nombor telefon.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Jalan Pandan Indah dan di Stesen LRT Cahaya pada 7.57 malam dan 7.58 malam, 27 April.
Pegawai polis berkenaan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan berdepan dengan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Normaizan Rahim dan Majistret Amalina Basirah Md Top kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 serta syarat tambahan dia perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan sebutan bagi dua kes itu pada 16 Okt ini untuk serahan dokumen.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal dan Norhidayah Abdullah Sani manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai kanan polis
#kes jenayah
#salah laku
#ugut kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan