awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai kanan ZPP antara 11 ditahan pecah amanah

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/05/2017
12:36 MYT
Pegawai kanan ZPP antara 11 ditahan pecah amanah
Seorang pegawai kanan ZPP dan tiga lagi pegawai badan itu ditahan reman selama tujuh hari bermula bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan wang dana zakat negeri bagi kepentingan diri sendiri. - Foto BERNAMA
Seorang pegawai kanan dan tiga pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) antara sebelas individu yang direman bagi membantu siasatan kes pecah amanah.
Mahkamah Majistret George Town membenarkan kesemua mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perintah reman itu dikeluarkan majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.
Tujuh lagi yang ditahan merupakan kontraktor yang mempunyai kepentingan dalam kerja-kerja berkaitan agensi berkenaan.
Kesemua suspek berusia antara 35 hingga 52 tahun sebelum itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan SPRM di syarikat, kediaman dan agensi terbabit, pukul 10.40 pagi Selasa.
SPRM turut merampas telefon bimbit dan tiga jam tangan berjenama.
Semua suspek dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan wang hasil kutipan zakat berkaitan program pembangunan masyarakat ZPP di negeri itu.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) dan (b) serta Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban, berkata lebih ramai pegawai dan kontraktor dipercayai terlibat dalam kegiatan ini akan ditahan.
Topic Berkaitan
#direman
#pecah amanah
#Zakat Pulau Pinang
#ZPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan