awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai polis meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan bola sepak

Bernama
Bernama
16/03/2023
15:23 MYT
Pegawai polis meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan bola sepak
Ketua Cawangan Khas IPD Sibu DSP Gregory Emilio meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan bola sepak di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya, kira-kira 10.15 pagi tadi, empat hari sebelum Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-216.
SIBU: Ketua Cawangan Khas IPD Sibu DSP Gregory Emilio meninggal dunia selepas rebah ketika perlawanan bola sepak di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya, kira-kira 10.15 pagi tadi, empat hari sebelum Perbarisan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-216.
Mendiang Gregory, 52, tiba-tiba rebah di padang bola sepak pusat sukan itu ketika perlawanan bola sepak persahabatan antara cawangan PDRM yang diadakan sempena sambutan Hari Polis tersebut.
Beliau kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sibu Jaya dan diberikan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia pada 10.56 pagi.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili menerusi kenyataan mengesahkan kejadian itu.
"Mendiang meninggalkan seorang isteri dan empat anak berusia antara 17 hingga 27 tahun. Seluruh warga IPD Sibu mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang," katanya.
Zulkipli berkata Gregory memegang jawatan Ketua Cawangan Khas IPD Sibu sejak 2021 dan telah berkhidmat dengan pasukan polis selama 28 tahun.
Jasad mendiang dirujuk ke Hospital Sibu untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Cawangan Khas IPD Sibu
#pegawai polis rebah
#Gregory Emilio
#perlawanan bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan