awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor catat hasil RM2.67 bilion bagi 2025 - MB
Tempoh perkhidmatan Mufti Perak berakhir semalam
Program Memfail Borang Nyata 2026 kini boleh diakses - LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai Rela mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu RM10,000

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2015
11:17 MYT
Pegawai Rela mengaku tidak bersalah buat tuntutan palsu RM10,000
Mahkamah menetapkan 23 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes. - Astro AWANI
Seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Kuala Terengganu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, terhadap 10 pertuduhan menipu dan membuat tuntutan palsu bernilai RM10,000 hari ini.
Mohd Arzaman Mohd Ali, 54, didakwa menipu dengan mengemukakan dokumen palsu berhubung perkhidmatan membekalkan khidmat makanan untuk 10 siri Kursus Asas Pengenalan Rela di Daerah Setiu.
Mengikut fakta kes tertuduh telah memperdaya Muhammad Abu Bakar iaitu Pemangku Pengarah Rela Negeri Terengganu dengan mengemukakan dokumen sokongan kepada pesanan kerajaan.
Ia dilakukan melalui Pembantu Tadbir Kewangan, Norizan Mat Junoh, untuk diproses bagi tujuan bayaran kepada Mohd Ramli Embong untuk pembekalan perkhidmatan makan dan minum sedangkan kursus itu tidak pernah dilakukan.
Hasil perdayaan itu mendorong Muhammad Abu Bakar meluluskan baucar bernilai RM1,000 bagi setiap satu pesanan kepada pembekal.
Tertuduh yang berasal dari Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu melakukan kesalahan berkenaan mulai Julai hingga Oktober 2011, di lokasi berbeza di daerah Setiu.
Tertuduh mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan mohon dibicarakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dengan sebatan dan juga dikenakan denda.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#Mohd Arzaman Mohd Ali
#RELA
#tuntutan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan