KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kol Hasnol Hisham Abu Hassan meninggal dunia di Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle, Washington, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas (Malaysia, 21 Nov).
Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan semalam memaklumkan Allahyarham Hasnol Hisham meninggal dunia pada 10.58 malam waktu Seattle, Washington (2.58 petang Ahad waktu Malaysia) selepas tidak sedarkan diri ketika menghadiri Program 'Airman to Airman Talks (A2ATs)' di Camp Murray Seattle, Washington yang bermula pada 14 hingga 19 Nov.
"Pada 16 Nov, Allahyarham tiba-tiba tidak sedarkan diri dan telah dikejarkan ke Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle, Washington bagi menerima rawatan dan menjalani pembedahan segera akibat 'acute type of aortic dissection'.
"Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan dan isteri Allahyarham, Rohani Tahir turut berada di sisinya ketika saat akhir beliau," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah, jenazah Allahyarham Hasnol Hisham yang merupakan Pengarah Latih di Markas Tentera Udara-Bahagian Sumber Manusia (Latih) akan dikebumikan dengan istiadat pengebumian tradisi ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Covington, Washington pada 24 Nov, 6.30 pagi waktu Malaysia.
Pengurusan jenazah Allahyarham akan dilaksanakan House of Mercy dan warga muslim Malaysia yang diketuai Kapt Ayub S. Laari, yang turut mengimamkan solat jenazah.
"Bagi urusan pengebumian, pihak Washington Air National Guard melalui Brigedier Jen Gent Welsh telah menawarkan penghormatan untuk memberikan Istiadat Pengebumian Tradisi Ketenteraan kepada Allahyarham dan mengkoordinasi urusan pengebumian dengan dipantau oleh pegawai TUDM.
"Penasihat Pertahanan Malaysia di Amerika Syarikat Brigedier Jen Mohd Fadzil Mohd Diah telah mengkoordinasi dan berbincang dengan pihak Washington Air National Guard agar urusan pengebumian dilaksanakan mengikut tatacara yang sesuai dan sewajarnya," menurut kenyataan itu.
Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad dan seluruh warga TUDM merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan pengebumian jenazah Allahyarham Hasnol Hisham.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Pada 16 Nov, Allahyarham Hasnol Hisham tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital St Joseph Medical Center Tacoma, Seattle, Washington bagi menerima rawatan dan menjalani pembedahan segera. - Facebook TUDM
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Operasi pembenihan awan hasilkan 4.0mm hujan di Papar
Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di Sabah berjaya menghasilkan 4.0 mililiter hujan sehingga pukul 4 petang semalam di Papar.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Status kemajuan pembinaan 18 pesawat pejuang FA-50M TUDM capai 26.7 peratus
Status kemajuan terkini pembinaan 18 pesawat pejuang ringan FA-50M bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini telah mencapai 26.7 peratus, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
MINDEF peruntuk RM69 juta kepada TUDM selenggara rumah anggota
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM69 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi membaik pulih dan menyelenggara Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di seluruh negara.
Maut ketika bertugas: TUDM anugerah kenaikan pangkat secara anumerta
Penganugerahan disampaikan kepada balu ketiga-tiga anggota bersama cek tuntutan kematian skim takaful berkelompok Angkatan Tentera Malaysia.
Tiada kuota bagi wanita jadi juruterbang TUDM
Wanita mempunyai peluang luas untuk menyertai TUDM sebagai juruterbang, hanya perlu penuhi syarat dan kelayakan selain melepasi ujian ditetapkan.
TUDM sahkan pesawat Beechcraft B 200T lakukan pendaratan cemas di Subang
Sebuah pesawat Beechcraft B 200T milik TUDM melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
MetMalaysia jangka jerebu tidak berpanjangan - Nik Nazmi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan jerebu melanda negara ketika ini tidak akan berpanjangan memandangkan tiupan angin yang kerap berubah.
Jangan cemas pesawat terbang rendah - TUDM
TUDM mengingatkan orang ramai agar tidak cemas atau bimbang jika melihat pesawat tentera terbang rendah di beberapa kawasan sekitar Lumut, Sitiawan terutamanya di ruang udara Manjung, bermula esok.
Hari Kebangsaan: TUDM lakukan penerbangan rendah di Putrajaya dan Selangor mulai esok
TUDM memaklumkan, orang ramai tidak perlu cemas dan risau jika melihat pesawat-pesawat tentera serta pasukan keselamatan lain terbang rendah.