awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam ditahan disyaki tipu pindah milik tanah bernilai hampir RM1 juta

Bernama
Bernama
16/12/2022
20:20 MYT
Peguam ditahan disyaki tipu pindah milik tanah bernilai hampir RM1 juta
Polis menahan seorang peguam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pindah milik tanah bernilai RM927,340. - Gambar hiasan
TAMPIN: Polis menahan seorang peguam bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pindah milik tanah bernilai RM927,340.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan pada Khamis oleh pasukan risikan dan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan.
Beliau berkata penahanan dilakukan susulan pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang menyedari ditipu semasa proses jual beli tanah seluas 10.04 hektar di mukim Tanjung Kling, Rembau.
"Siasatan awal mendapati orang yang disyaki mengaku terlibat dalam penipuan dengan menjadikan beberapa lot tanah sebagai medium untuk menipu mangsa dan pemalsuan tandatangan di dalam surat perjanjian jual beli serta beberapa dokumen pindah milik tanah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Anuwal berkata peguam dilantik oleh mangsa memaklumkan terdapat individu lain mendakwa sebagai pemilik sebenar tanah tersebut namun pemilik tanah itu mendakwa dia tidak pernah melantik mana-mana pihak bagi menguruskan jual beli tanah miliknya.
Beliau berkata peguam itu kini direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peguam ditahan
#tipu pindah milik tanah
#Polis Daerah Tampin
#kes penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan