Sebuah pejabat pengurusan di tapak projek Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 3.15 petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Marzuki Ismail berkata laporan kebakaran itu melibatkan bangunan kekal berkeluasan 36.60 meter x 18.30 meter persegi.
Kejadian turut memusnahkan lima kenderaan pacuan empat roda yang diparkir berdekatan serta mencederakan seorang pekerja lelaki tempatan di bahagian kepala.
"Mangsa cedera ringan kerana dilaporkan cuba memadamkan api di tempat kejadian," katanya dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa berusia 58 tahun telah pun dihantar ke Klinik 1Malaysia Pagoh dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Marzuki berkata panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada 3.18 petang sebelum tiga jentera bersama 18 anggota dikejarkan ke lokasi.
"Apabila kami tiba, api sedang marak di satu bangunan yang diperbuat daripada zink, kayu dan tiang besi.
"Pihak bomba mengambil masa lima minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan sebelah dan operasi tamat pada 7 malam," katanya.
Beliau berkata ketika kejadian, terdapat enam pekerja bertugas di dalam bangunan itu dan api bermula dari dalam bangunan itu.
Katanya jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih lagi dalam siasatan. -- Bernama
Bernama
Sat Dec 10 2016
Orang ramai dan pekerja tapak projek Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) dekat Muar berusaha menyelamatkan harta benda masing-masing ketika kebakaran berlaku kira-kira pukul 3.15 petang hari ini. - Foto Bernama
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Pejabat di tapak projek Hab Pendidikan Pagoh terbakar
Sebuah pejabat pengurusan di tapak projek Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP) dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira 3.15 petang tadi.