awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejuang pertikai layanan istimewa terhadap Rosmah

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2021
08:43 MYT
Pejuang pertikai layanan istimewa terhadap Rosmah
Rosmah belum pulang dari Singapura walaupun Mahkamah Tinggi telah mengeluarkan arahan agar beliau kembali selewat-lewatnya pada 21 Disember. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mempertikaikan layanan istimewa yang diberikan terhadap Datin Seri Rosmah Mansor selepas gagal hadir ke prosiding di Mahkamah Rayuan pada Khamis.
Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin, menyelar tindakan tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, itu yang tidak mematuhi arahan mahkamah.
“Bayangkan jika perkara yang sama dilakukan oleh rakyat biasa, sudah pasti waran tangkap akan dikeluarkan dengan segera.
“Adakah undang-undang negara istimewa bagi sesetengah individu yang mempunyai kuasa?” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ulya, Rosmah tidak sepatutnya diberi sebarang kelebihan selepas peluang yang diberikan kepadanya telah disalah guna dan diambil kesempatan.
“​Sekembalinya ke tanah air, dokumen perjalanan dan pasport Rosmah Mansor wajib ditarik semula dan disekat.
“Jangan beri ruang untuk beliau ulangi kegagalan ini dan bertindak seolah-olah beliau kebal dari tindakan undang-undang,” katanya lagi.
Rosmah hari ini terlepas daripada ditahan apabila panel tiga hakim menggunakan budi bicara untuk tidak mengeluarkan waran tangkap terhadapnya selepas gagal hadir prosiding rayuan membabitkan kes rasuah melibatkan projek solar hibrid.
Mahkamah Tinggi sebelum ini membenarkan beliau ke Singapura bagi melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang melahirkan anak kedua daripada 22 Oktober lalu dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November.
Topic Berkaitan
#Pejuang
#Rosmah Mansor
#mahkamah
#waran tangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan