JOHOR BAHRU: Walaupun Pekan Ulu Tiram sudah menikmati banyak kemajuan dari segi ekonomi dan sosial sesuai dengan usianya yang hampir seabad, namun ia dilihat memerlukan program 'peremajaan', supaya pembangunannya sentiasa seiring dengan perkembangan semasa.
Anak jati Ulu Tiram yang juga Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Tiram Fauzi Faizal berkata program peremajaan itu, perlu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi, pelancongan dan keselamatan di kawasan terbabit.
"Kita sebenarnya nak letak pekan Ulu Tiram sebagai sebuah pekan lama yang diremajakan semula, dengan diberi nafas baharu dan dijadikan bandar selamat serta berkonsepkan pelancongan di Zon Tiram.
"Saya nak mellihat pekan Tiram ini sebagai pekan yang macam Melaka, walaupun pekan lama, tapi banyak daya tarikan positif yang ada di pekan ini.
"Di sini (Ulu Tiram) mempunyai sejarahnya, jadi mungkin bangunan lama boleh dibaik pulih dan mengindahkan landskap seperti lukisan mural," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Fauzi, 39, berkata perancangan program tersebut, akan dibentangkan kepada MBJB untuk dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan.
Beliau berkata menerusi program peremajaan terbabit, ia akan memantapkan lagi sistem keselamatan di kawasan terbabit, dengan memperluaskan lagi penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) pekan berkenaan.
"Penggunaan CCTV itu nanti, bukan sahaja dapat membantu dalam mengesan aktiviti negatif di kawasan berkenaan secara berkesan, malah pelakunya juga dapat dikenal pasti dengan cepat," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Ulu Tiram Shazrul Idham Abd Aziz berkata sudah tiba masanya pekan terbabit diberikan 'nafas' baharu, memandangkan usia pembukaan penempatan yang kini bukan sahaja didiami warga tempatan tetapi juga warga asing itu, sudah memasuki 97 tahun.
"Kawasan ini semakin padat dan apabila ada pembaharuan, sudah tentu akan merancakkan lagi ekonomi penduduk setempat selain mengutamanakan isu keselamatan," katanya.
Shazrul Idham berkata sektor perindustrian dan perkilangan di kawasan tersebut, menjadi sumber ekonomi kepada penduduk setempat serta mereka yang datang dari luar Ulu Tiram.
Selain itu, Shazrul Idham berkata program tersebut juga, dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap kawasan terbabit yang dikenali sebagai 'pekan koboi', dan boleh menjadi pekan pelancongan selepas ia dilaksanakan.
Pekan Ulu Tiram yang terletak di utara Johor Bahru menjadi 'bualan' baru-baru ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengakibatkan dua anggota polis terkorban, manakala seorang lagi cedera.
Mengulas mengenai kejadian itu, Fauzi berkata penduduk disarankan untuk tidak panik dan meletakkan kepercayaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
"Kejadian itu tidak sering berlaku...Saya yakin dan percaya dengan kecekapan PDRM untuk menjaga keselamatan di kawasan ini," katanya.
Tinjauan Bernama di Pekan Ulu Tiram mendapati, aktiviti penduduk setempat berlangsung seperti biasa tanpa ada kegusaran selepas kejadian berdarah yang berlaku di kawasan tersebut pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Fauzi meninjau keadaan Sungai Tiram yang berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, hari ini. - Bernama
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram dikaji, bentuk profil tangani fahaman ekstremisme - Saifuddin
Polis akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi membendung penyebaran fahaman ekstremisme di negara ini bagi mengelak berulangnya insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, di Johor.
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Punca pencemaran bau di Ulu Tiram belum dikenal pasti, JAS terus siasatan
JAS Johor masih menyiasat punca pencemaran bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiram, Kampung Sungai Tiram, susulan siasatan awal tidak menemui sebarang kesan pelupusan haram.
Tiga ditahan, rogol berkumpulan kanak-kanak bawah umur
Polis menahan tiga lelaki warga tempatan disyaki terlibat dalam kes rogol berkumpulan seorang kanak-kanak perempuan bawah umur, pada dua minggu lalu.
Ahli perniagaan rugi RM680,276 akibat projek perumahan tidak wujud
Wanita berusia 42 tahun itu berkata suspek yang juga seorang wanita mendakwa projek itu dilaksanakan di Ulu Tiram, Johor.
Langgar SOP PKP ketika urus jenazah: 16 sekeluarga, pengurus pengebumian dikompaun
Mengikut Majlis Keselamatan Negara, bilangan kehadiran ahli keluarga yang dibenarkan adalah tidak melebihi 10 orang sahaja.
Kanak-kanak tiga tahun maut selepas ditinggal dalam kereta oleh nenek
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, Ahad lepas.
Lelaki maut 'mesin steamer' meletup di pasar raya
Seorang pekerja penyelenggaraan maut akibat letupan gas pada 'mesin steamer' yang sedang diselenggaranya dalam kejadian di sebuah pasar raya di Ulu Tiram, dekat sini, hari ini.
Serangan ke atas Syed Saddiq biadap - Jemaah Menteri
Insiden serangan ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada satu majlis di Ulu Tiram, Johor baru-baru ini, adalah biadap dan tidak mencerminkan akhlak yang baik.
'Saya tidak mahu ada konfrontasi' - Syed Saddiq buka mulut isu panjat pagar
Kata Syed Saddiq, jelas sekali dirinya tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada serangan fizikal.