awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40

Bernama
Bernama
09/02/2025
22:15 MYT
PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Seah berkata, kedua-dua NGO berjaya mendapat kelulusan dana PEKB 2025 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan kursus latihan. - Gambar fail
MELAKA: Usaha membantu golongan B40 akan terus dipergiat bagi membantu mereka meningkatkan potensi diri di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB).
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata dua badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program berkenaan tahun ini.
Kedua-dua NGO itu katanya berjaya mendapat kelulusan dana PEKB 2025 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk melaksanakan kursus latihan.
"Sebanyak 70 peserta terpilih menjalani Kursus Asas Usahawan Fotografi dan Videografi serta Kursus Usahawan Barista selama tujuh hari berakhir hari ini," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup PEKB 2025 KPKT peringkat negeri di Ayer Keroh di sini semalam.
Seah berkata program itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan tiada rakyat terpinggir dengan memberikan latihan dan kursus untuk meningkatkan kemahiran dalam pengendalian perniagaan dan keusahawanan sekali gus menambah pendapatan.
Sementara itu, Pengerusi PEKA Rithavudeen Syed Rahmathulah berkata pihaknya juga akan terus memantau perkembangan peserta selama enam bulan selepas tamat kursus bagi memastikan setiap mereka dapat membangunkan perniagaan berdaya maju selain memberikan sokongan diperlukan.
"Sepanjang tempoh seminggu pelbagai ilmu dan kemahiran dikongsikan dan program ini bukan sekadar memberikan ilmu teori tetapi juga membimbing peserta dalam mempraktikkan kemahiran yang diperoleh bagi meningkatkan ekonomi keluarga," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golongan B40
#PEKB
#NGO
#KPKT
#Allex Seah Shoo Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan