MALAYSIA
Pekema Charity Golf platform rapat hubungan, pacu pertumbuhan ekonomi lebih inklusif

Kejohanan berprestij ini yang memasuki edisi ke-11 dijangka menghimpunkan hampir 500 pemain golf amatur di seluruh negara dan antara penganjuran golf amatur terbesar. - Gambar/Pekema
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) akan menganjurkan acara ikonik Pekema Charity Golf – President’s Cup pada 23 dan 24 Ogos depan di Palm Garden Golf Club, Putrajaya.
Kejohanan berprestij itu yang memasuki edisi ke-11 dijangka menghimpunkan hampir 500 pemain golf amatur di seluruh negara dan antara penganjuran golf amatur terbesar.
Menurut Presiden Pekema, Datuk Mohamed Nazari Noordin, kejohanan itu bukan sahaja memperkukuhkan jaringan industri tetapi juga menjadi platform bagi pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Pekema Charity Golf bukan sekadar acara sukan, tetapi ia merupakan platform penting untuk merapatkan hubungan usahawan, pemimpin industri dan agensi kerajaan, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih inklusif,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau menambah, melalui dana yang dikumpulkan, Pekema akan menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan serta membiayai pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan komuniti.
"Syarikat atau organisasi yang ingin tampil sebagai penaja amat dialu-alukan bagi meningkatkan keterlihatan jenama mereka, di samping menunjukkan komitmen terhadap CSR.
"Setakat ini, penyertaan penaja amat memberangsangkan dengan penglibatan beberapa jenama terkemuka dari dalam dan luar negara yang telah menyatakan sokongan mereka terhadap kejohanan ini," ujar Mohamed Nazari.
Antara penaja yang telah mengesahkan penyertaan termasuk TOA Trading Co. Ltd; Cuscapi Solutions Sdn Bhd; Heiwa Auto Co. Ltd, Trendy Information Co. Ltd; Maybank, Allianz General Insurance Company; Bank Simpanan Nasional (BSN); Northport; Dagang Net Technologies; serta Farm Fresh.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pekema, Datuk Wan Sazrudeen Wan Zaid menyifatkan penganjuran acara tersebut sebagai melambangkan semangat keusahawanan, kemajuan teknologi automotif serta keprihatinan sosial.
"Kami percaya kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat mampu bergerak seiring.
"Ia juga menjadi cerminan nilai-nilai murni Pekema dalam menyantuni masyarakat dan menyumbang kembali kepada komuniti secara berterusan," katanya.
Kejohanan tahunan itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000, termasuk hadiah hole-in-one berupa kereta elektrik Dongfeng Box, yang merupakan kenderaan EV rasmi persatuan berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami