Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pekerja beramanah merupakan teras kemajuan sesebuah negara.
Dalam perutusan khas bersempena Hari Pekerja yang bakal disambut Rabu, Dr Wan Azizah berkata isu-isu penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan dapat dielakkan sekiranya pekerja mempunyai sifat amanah.
"Seseorang pekerja yang setia kepada negaranya tidak akan terlibat dalam perbuatan salah laku. Perkhidmatan yang jujur dan amanah serta berdedikasi adalah penting untuk membangunkan negara... pembangunan negara tercinta ini adalah tanggungjawab yang kita pikul bersama," katanya di laman Facebook pada Selasa.
Menurutnya, nilai amanah juga sangat penting dalam diri seseorang kerana ia adalah tuntutan dalam agama Islam.
Dr Wan Azizah juga menyedari hakikat bahawa banyak keluarga memerlukan lebih ramai ibu bapa untuk keluar bekerja dalam era globalisasi kini.
"Kerajaan prihatin terhadap keluarga-keluarga nukleus di mana kedua ibu-bapa bekerja dan tidak ada saudara-mara yang tinggal bersama membantu menjaga anak-anak," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata beberapa inisiatif telah diusahakan oleh kerajaan untuk memberi ketenangan kepada ibu bapa semasa bekerja, termasuk mengadakan taska di hampir setiap kementerian.
Katanya, kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta untuk menambah 50 buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di bangunan kerajaan dalam usaha meringankan bebanan ibu bapa yang bekerja.
Tambahnya, kerajaan juga dalam usaha memperkenalkan Waktu Kerja Anjal yang merupakan konsep aturan waktu bekerja bagi memberikan peluang kepada pekerja untuk menentukan sendiri waktu kerja masing-masing.
Dr Wan Azizah berkata langkah ini dapat membina jaringan antara majikan dan pekerja untuk meningkatkan keseimbangan kehidupan harian dan kerja.
Katanya kerajaan akan terus berusaha untuk mewujudkan persekitaran pekerjaan yang mesra pekerja dan juga menangani isu-isu yang berbangkit.
Beliau turut mengakui dua belas bulan yang lalu merupakan ujian mencabar untuk kerajaan Pakatan Harapan dan sedang berusaha sedaya upaya membina Malaysia Baharu yang diimpikan selain mengajak rakyat untuk turut sama merealisasikannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2019
WAN AZIZAH: Seseorang pekerja yang setia kepada negaranya tidak akan terlibat dalam perbuatan salah laku. - Gambar fail/BERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Jokowi puji sumbangan pekerja Indonesia sempena Hari Pekerja
Presiden Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi, pada Rabu memuji sumbangan pekerja Indonesia atas peranan penting mereka dalam ekonomi negara itu.
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga pekerja
Seri Paduka Baginda berdua bertitah warga pekerja adalah pemacu pertumbuhan Malaysia ke tahap yang lebih baik.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan dilancar 1 Mei ini
Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan ini akan melihat kepada kelompangan dan kesenjangan yang wujud dalam dokumen dasar masa kini.
274 juta rakyat China melancong sempena cuti Hari Pekerja
Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta pelancong tempatan melancong di dalam negeri sepanjang cuti Hari Pekerja bermula 29 April hingga 3 Mei.
Lebih 780,000 orang sertai protes Hari Pekerja di Perancis
Kira-kira 782,000 orang menyertai protes Hari Pekerja Antarabangsa tahun ini di seluruh Perancis.
Sambutan Hari Pekerja di Perancis bertukar ganas, 108 anggota polis cedera
Demonstrasi yang bermula secara aman namun dicemari dengan kumpulan radikal yang melemparkan bom petrol dan bunga api dan 291 orang ditahan
Antara kaji gaji sektor awam, caruman KWSP majikan
Kerajaan Perpaduan sentiasa memastikan hak pekerja termasuk penjawat awam diutamakan.