KUALA LUMPUR:Pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan diwajibkan membuat saringan kesihatan.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia selepas penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sidang khas MKN setelah mendengar pembentangan Kementerian Sumber Manusia, bersetuju untuk mewajibkan saringan kesihatan kepada semua pekerja warga asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Semua sekali, bukan tapak binaan.



"Setakat 31 Oktober, 1.615 juta pekerja warga asing aktif di negara ini, mempunyai banyak kawasan perindustrian serta bilangan pekerja warga asing.

"Jadi kita bersetuju dibuat saringan secara RTK-Antigen untuk mendapatkan keputusan jauh lebih cepat, keduanya kita bersetuju supaya klinik swasta masuk ke kilang dan tapak binaan untuk menbuat saringan ini," katanya.