awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja asing: Tiada lagi kouta Menteri - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/01/2022
08:37 MYT
Pekerja asing: Tiada lagi kouta Menteri - Hamzah
Hamzah berkata, majikan mesti mendapatkan kelulusan daripada jawatankuasa khas pekerja asing. - Gambar fail
LARUT: Tiada lagi kuota kelulusan khas di peringkat menteri sebagai kebenaran kepada pihak-pihak tertentu untuk memonopoli kemasukan pekerja asing ke negara ini.
Perkara itu mungkin berlaku ketika pentadbiran yang terdahulu tetapi kini ia telah ditambah baik.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebaliknya berkata, majikan mesti mendapatkan kelulusan daripada jawatankuasa khas pekerja asing.
“Sebab itu kadang-kadang orang tidak sedar, dia sedap bercakap sahaja. Pertamanya, seseorang majikan yang memerlukan pekerja asing, dia mesti mendapat kelulusan dan nak mendapat kelulusan itu kena ada kuota kerana ada akta.
“Contohnya ladang, kalau dia ladang 1,000 ekar berapa kuota yang sepatutnya dia perlukan pekerja. Kalau kita tak ada kuota tersebut, bebas, menyebabkan orang boleh keluar masuk dengan sewenangnya,” katanya.
Beliau ditemui selepas Program Kenduri Rakyat di Kampung Tapah, Selama, Perak pada Sabtu.
Menurutnya, penelitian dalam memberi kelulusan membawa pekerja asing untuk bekerja di negara ini telah diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia.
Jumlah pekerja asing yang hendak dibawa bagi memenuhi sektor tertentu akan dikaji dan diteliti sama ada ia sesuai dengan jumlah yang dimohon.
Dalam masa sama, majikan yang mendapat kelulusan pekerja asing turut perlu menyediakan tempat tinggal serta beberapa kemudahan lagi mengikut Akta Buruh yang sedia ada.
Terdahulu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) menggesa kerajaan menghapuskan ‘kelulusan khas’ peringkat menteri sebagai kebenaran kepada pihak-pihak tertentu untuk memonopoli kemasukan pekerja asing ke negara ini bagi mengelak berulangnya sindiket membawa masuk pekerja asing berlebihan.
Setiausaha Agung PAPSMA, Dr. N. Sukumaran berkata, kelulusan itu dipercayai digunakan sindiket sebagai orang tengah antara majikan dengan pihak kementerian bagi mendapatkan kuota tambahan pekerja asing melebihi keperluan walaupun tidak layak.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Kementerian Sumber Manusia
#pekerja asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan