awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjual lembu didakwa bunuh guru perempuan
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Pemandu teksi maut, empat cedera dalam kemalangan di Rompin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja Bangladesh maut jatuh dari ketinggian 18 meter

Bernama
Bernama
23/10/2024
03:30 MYT
Pekerja Bangladesh maut jatuh dari ketinggian 18 meter
Pekerja itu telah dijumpai di aras bawah bersama sekeping plywood yang jatuh bersamanya dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar hiasan
KEPALA BATAS: Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas terjatuh dari ketinggian 18 meter ketika sedang menjalankan kerja-kerja membuka 'formwork' di sebuah tapak pembinaan di sini pada Isnin.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang memaklumkan mangsa berusia 22 tahun itu merupakan pekerja am dari syarikat subkontraktor dilantik untuk menjalankan kerja-kerja membuka 'formwork' pada struktur bumbung lubang aliran udara pada bangunan dikenali dog house untuk pekerja di tapak pembinaan berkenaan.
"Pekerja itu telah dijumpai di aras bawah bersama sekeping plywood yang jatuh bersamanya dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak JKKP telah ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan awal," menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan notis pemberhentian serta-merta ke atas kerja-kerja melibatkan semua struktur aliran udara pada bangunan di kawasan kejadian di tapak pembinaan tersebut telah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.
Pihak JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan dan membuat pembentangan kes kepada JKKP.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#tapak pembinaan
#jatuh
#pekerja am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan