NATIONAL
Pekerja di bandar mahu kerajaan beri insentif tambahan

Realiti pendapatan gaji sebenar di Malaysia pada hari ini dikatakan merosot sebanyak tiga kali ganda berbanding empat dekad lalu. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Golongan pekerja berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan bandar meminta kerajaan memberikan insentif tertentu bagi memperbaiki kualiti hidup yang terjejas kerana melakukan beberapa kerja tambahan akibat kos sara hidup tinggi.
Ringkasan AI
- Golongan pekerja berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan bandar, seperti Muhamad Nasharuddin dan Nurul Atikah, terpaksa melakukan kerja tambahan seperti penghantar makanan dan penjual minyak wangi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas dan perbelanjaan bulanan.
- Kos hidup yang tinggi di bandar menyebabkan kesukaran untuk menyimpan wang bagi kecemasan dan perbelanjaan tambahan seperti sewa rumah, yuran pengangkutan anak ke sekolah, dan utiliti. Mereka perlu berjimat cermat dan mengurangkan peruntukan untuk perbelanjaan makanan.
- Pekerja seperti Muhamad Nasharuddin dan Nurul Atikah berharap kerajaan dan majikan dapat memberikan bantuan atau insentif kewangan untuk meringankan beban kewangan mereka. Mereka juga berpendapat bahawa sistem gaji yang lebih adil diperlukan untuk memastikan pekerja berkelulusan ijazah mendapat bayaran yang setimpal dengan tahap pendidikan dan prestasi kerja.
“Kalau ikut keperluan asas, gaji yang diterima bolehlah cukup makan untuk sebulan. Cuma apabila musim perayaan atau sambutan hari tertentu memang perlu menyimpan awal.
“Kadang terpaksa buat dua kerja, agak mencabar juga sebagai ketua keluarga kerana apabila terlebih bekerja, masa dengan insan tersayang pun makin kurang,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Muhamad Nasharuddin, cabaran utama ketika ini ialah kesukaran menyimpan untuk kecemasan dengan mengurangkan peruntukan untuk perbelanjaan makanan.
Menurutnya, perbelanjaan tertinggi ialah sewa rumah kerana masih belum ada kemampuan membeli kediaman sendiri.
Dia berpendapat, majikan dan kerajaan perlu memainkan peranan kerana bantuan atau insentif tertentu sangat membantu meringankan beban kewangan pekerja.
Seorang kerani kewangan, Nurul Atikah Kamal, 28, turut mengakui sedang mempertimbangkan untuk mencari satu lagi kerja sambilan pada waktu malam.
Ketika ini, dia bekerja sepenuh masa dari Isnin hingga Jumaat dan melakukan kerja sampingan sebagai penjual minyak wangi pada setiap hujung minggu.
Katanya, gaji yang diterima masih tidak seiring dengan kos sara hidup, lebih-lebih lagi dia perlu menyara keluarga dan membantu adiknya yang masih menuntut di universiti.
“Walaupun kerajaan ada menaikkan gaji minimum tetapi harga barang sekarang makin mahal, contohnya kalau beli barang dapur sekali bayar mesti anggaran akan habis RM100 lebih.
“Kalau perlu berbelanja lebih sedikit, saya perlu menyimpan tiga atau empat bulan sebelum barulah boleh membeli,” ujarnya yang tinggal di Selangor.
Nurul Atikah juga memilih untuk menunggang motosikal ke tempat kerja meskipun memiliki kereta kerana mahu berjimat.
“Saya percaya kerajaan perlu lebih banyak memberi bantuan dan inisiatif kewangan.
“Saya juga merasakan perlunya sistem gaji yang lebih adil di peringkat syarikat memandangkan masih ada pekerja yang berkelulusan ijazah hanya ditawarkan bayaran asas sama tanpa mengira tahap pendidikan dan prestasi kerja,” katanya.
Menurut pembantu tadbir, Ahmad Supian Napiah, 50, pendapatannya masih belum mencukupi untuk menampung keluarga yang terdiri daripada empat tanggungan termasuk dua anak masih bersekolah.
“Seorang dah masuk institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang lagi Tingkatan Empat.. memang memerlukan duit yang banyak untuk menampung perbelanjaan pendidikan mereka.
“Sebab itulah, saya boleh katakan gaji hanya cukup-cukup makan sebab tolak bayar segala utiliti, jumlah yang ada perlu bertahan hingga hujung bulan.
“Hendak menyimpan pun kadang ada, kadang tiada. Kalau ada lebih, bolehlah simpan sikit-sikit,” katanya.
Justeru dia berharap agar kerajaan atau majikan menyediakan lebih banyak bentuk bantuan kewangan dam dalam bentuk barangan asas setiap bulan.
Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Muhammad Ibrahim, dilapor berkata Malaysia kini berada di ambang kemunduran ekonomi sekiranya tiada reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap sistem pendidikan dan struktur pekerjaan negara.
Katanya, realiti pendapatan gaji sebenar di Malaysia pada hari ini merosot sebanyak tiga kali ganda berbanding empat dekad lalu.
Menurut beliau, gaji graduan pada masa kini tidak setimpal dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatan kos sara hidup.
Katanya, pendapatan yang diterima jauh lebih rendah daripada apa yang sepatutnya mereka peroleh sekiranya kadar inflasi diambil kira.
*Laporan ini hasil kolaborasi Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban.
*Laporan ini hasil kolaborasi Astro AWANI, Sinar Harian, The Star, Sin Chew Daily dan Malaysia Nanban.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami