Menurut hasil kajian skala gaji terbaru Aon Hewitt, gaji pekerja di Malaysia diunjurkan pada 5.8 peratus pada tahun 2016 - meningkat daripada 5.6 peratus pada tahun 2015. Aon Hewitt ialah ialah badan utama yang menerajui amalan ganjaran dan bakat di Malaysia.
Pada tahun 2015, bonus mengikut prestasi meningkat sedikit kepada dua hingga tiga bulan gaji asas tahunan. Ini dijangka kekal stabil pada 2016.
Unjuran kenaikan gaji adalah tertinggi dalam sektor telekomunikasi pada 6.6 peratus, diikuti sektor pengangkutan dan pembinaan masing-masing pada kadar 6.2 peratus. Kenaikan terendah adalah dalam sektor teknologi tinggi dan hospitaliti pada 5.2 peratus.
Walaupun dengan kenaikan gaji stabil, Malaysia mencatatkan kadar kedua tertinggi secara tidak sukarela kadar pusing ganti jumlah pekerja di Asia Tenggara pada peratus, dan ketiga tertinggi kadar pusing ganti jumlah pekerja sukarela pada 9.5 peratus.
Menurut laporan kajian itu, tiga faktor yang boleh dikaitkan dengan kadar pusing ganti jumlah pekerja secara sukarela ialah peluang yang lebih baik di luar, melanjutkan pelajaran, dan keseimbangan kehidupan dan pekerjaan.
Demikian juga dengan tiga langkah paling popular untuk mengekalkan pekerja adalah dengan penawaran gaji yang lebih tinggi berbanding di pasaran, keseimbangan kehidupan dan pekerjaan yang lebih baik, dan maklum balas yang tepat pada masa dan bermakna daripada pengurus.
Kajian itu juga melaporkan bahawa majikan mengambil penekanan "tunggu dan lihat" untuk belanjawan gaji, dicerminkan oleh peningkatan secara purata sebanyak 5.7 peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Kadar pusing ganti jumlah pekerja sukarela menunjukkan penurunan dalam trend pada tahun 2015 sebanyak 9.5 peratus daripada 12.2 peratus pada tahun 2014, sekaligus mencerminkan keadaan ketidakstabilan pasaran Malaysia.
Laporan itu juga mendapati bahawa terdapat kaitan antara trend keadaan ekonomi seperti
penyusutan nilai ringgit, pelaksanaan GST, dan kenaikan kadar tol jalan raya dan impaknya terhadap pekerja.
Untuk berdepan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi:
47 peratus daripada organisasi telah menyemak semula program manfaat pekerja mereka dalam tempoh dua tahun lalu, terutamanya aspek perubatan dan tuntutan perjalanan.
22 peratus daripada organisasi mempunyai rancangan untuk memberi kenaikan gaji yang lebih tinggi.
7 peratus menyediakan pelarasan gaji ‘one-off’.
Jerebu kebelakangan ini juga telah meninggalkan kesan, di mana 76 peratus organisasi melaporkan peningkatan dalam tuntutan perubatan dan 72 peratus pula peningkatan dalam mendapat cuti sakit.
MESTI BACA: Jerebu Rentas Sempadan: Adakah Malaysia mempunyai pilihan perundangan?
Aon Hewitt mengambil kira semua perkara ini menasihatkan syarikat-syarikat untuk memastikan ganjaran dan wang mereka agar dibelanja dengan lebih berhemat untuk memastikan wang yang dibelanja mendapat hasil nilai yang besar.
Dalam kawasan Asia Tenggara, Filipina dan Vietnam mengalami pertumbuhan tertinggi pada tahun 2015 masing-masing pada 6 peratus dan 6.5 peratus dan dijangka akan terus menikmati pertumbuhan tertinggi pada 2016.
iMoney
Sat Dec 05 2015
Unjuran kenaikan gaji adalah tertinggi dalam sektor telekomunikasi pada 6.6 peratus, diikuti sektor pengangkutan dan pembinaan masing-masing pada kadar 6.2 peratus.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
Pekerja di Malaysia menantikan kenaikan gaji 5.8% pada 2016
Unjuran kenaikan gaji adalah tertinggi dalam sektor telekomunikasi pada 6.6 peratus, diikuti sektor pengangkutan dan pembinaan masing-masing pada kadar 6.2 peratus.