SERDANG: Misteri kehilangan seorang pekerja teknologi maklumat sejak Sabtu lalu terungkai apabila kereta jenis BMW milik mangsa ditemukan terbabas di Jalan Lebuhraya Puchong menghala Bukit Jalil, di sini.
Mangsa yang berusia 41 tahun itu dipercayai gagal dihubungi keluarga sejak awal pagi Sabtu yang kemudian bertindak membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan memberitahu, polis mendapat aduan mengenai penemuan kenderaan itu kira-kira pukul 2.30 petang, Isnin.
"Siasatan awal di kejadian, kita percaya kenderaan yang dipandu mangsa terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam longkang, dianggarkan 10 meter kedalaman.
"Akibatnya, lelaki itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Anbalagan memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan keluarga mangsa membuat laporan mengenai kehilangan mangsa di Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya.
Umavathi Ramayah
Mon Jun 24 2024
A A Anbalagan memberitahu, polis mendapat aduan mengenai penemuan kenderaan itu kira-kira pukul 2.30 petang, Isnin. - Foto JBPM Selangor
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Bau busuk bongkar penemuan mayat dalam bagasi
Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat yang dijangka dijalankan pada jam 9 pagi, Rabu.
Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
Mayat dalam peti sejuk: Punca kematian akibat kecederaan di dada - Polis
Mangsa dipercayai dibunuh suspek pada Mac 2021.
Warga emas maut ketika tukar tayar kereta di LKSA
Tindakan seorang lelaki warga emas menghentikan keretanya di bahu jalan di Kilometer 5.5 Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) untuk mengambil tayar ganti di but, berakhir dengan tragedi.
Mayat ibu dalam peti sejuk: Suspek belum sihat, polis akan sambung reman
Polis akan menyambung reman seorang lelaki berhubung siasatan penemuan mayat wanita dalam sebuah peti sejuk beku di sebuah rumah di Taman OUG, pada minggu lepas.
Tragedi 'water rafting': Mangsa petugas JKR SPT dan Langkawi - Polis
Tiga mangsa yang lemas ketika melakukan aktiviti water rafting di Sungai Jahang, Gopeng di sini petang tadi merupakan petugas Jabatan JKR SPT, Pulau Pinang dan JKR Langkawi, Kedah.
Mayat ibu dalam peti sejuk: Tubuh masih beku, bedah siasat belum dijalankan - Polis
ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, proses berkenaan belum dapat dilakukan buat masa sekarang kerana mayat mangsa dalam keadaan beku.
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemukan tertiarap di Shah Alam
Mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai berhampiran kunci air, Jalan Ngah Ibrahim 35/135, Shah Alam, pada Ahad.