awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kedai makan ditemukan maut di hostel

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2023
22:15 MYT
Pekerja kedai makan ditemukan maut di hostel
Pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah. - Gambar hiasan
KLANG: Seorang pekerja kedai makan yang ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah hostel di Taman Pendamar Indah, Pandamaran di sini pada Sabtu lalu disahkan akibat penyakit Tuberculosis (Tibi).
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa yang merupakan lelaki warga asing itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penyelianya sebelum melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis kira-kira jam 10.40 pagi.
Menurutnya, petugas perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang telah membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
"Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, HTAR, Klang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
"Hasil pemeriksaan pegawai perubatan telah mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit Tibi," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, mangsa berumur 45 tahun telah bekerja di kedai makan tersebut lebih kurang dua tahun.
"Mangsa sebelum ini pernah mendapat rawatan di Klinik Utara Kota Pendamar sebelum ini dan telah disahkan positif penyakit Tibi," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengugat ketenteraman awam," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pekerja kedai makan
#meninggal dunia
#hostel
#Tibi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan