IPOH: Enam orang pekerja di sebuah kilang pembuatan barangan kosmetik dekat sini mendakwa ditindas pihak majikan apabila gaji mereka selama lapan bulan, yang mana setiap seorang berjumlah keseluruhan lebih RM9,000, masih tidak dibayar.
Wakil mereka, S. Manimekalai, 49, berkata pihak majikan seolah-olah tidak mengambil kisah soal kebajikannya dan rakan-rakan sekerja yang lain.
Dia mendakwa insiden sama pernah berlaku pada awal tahun lalu, namun ia hanya selesai apabila mereka mengadu hal berkenaan kepada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak.
“Sudah lapan bulan kami tidak dapat gaji. Setiap kali kami mengadukan hal ini, pihak pengurusan menggunakan alasan bahawa majikan berada di luar negara. Saya sudah 16 tahun bekerja di situ, tak tahu lagi bagaimana saya hendak lakukan sekarang.
“Awal tahun lepas pernah juga terjadi kejadian sama, tetapi kami ada mengadukan hal itu kepada Jabatan Tenaga Kerja Negeri. Kemudian pada April, baru kami dapat gaji.
“Tiba pula kali ini, terjadi hal sama. Takkan setiap kali kami hendak pergi mengadukan masalah ini kepada Jabatan Tenaga Kerja,” katanya ketika ditemui membuat laporan tentang hal berkenaan di Pejabat Tenaga Kerja Negeri dekat sini, pada Rabu.
Hadir sama Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.
Tambah Manimekalai dia telah mengeluarkan pelbagai wang simpanan miliknya termasuk membuat pengeluaran wang daripada program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) sebelum ini bagi menampung keperluan hidup.
Difahamkan usia dan kesukaran mendapat pekerjaan baharu menjadi salah satu faktor mengapa kesemua mereka masih bekerja di kilang milik syarikat luar negara yang beroperasi di sini sejak dari tahun 2004 itu.
Sementara itu M. Krishnaveni, 57, berkata dia juga buntu mengenangkan nasibnya yang tidak bergaji dalam tempoh sama, di samping terpaksa menanggung keluarga dan anak yang sedang mengikuti pengajian di sebuah institusi pendidikan tempatan.
“Saya sudah bekerja di kilang itu selama 17 tahun, akan tetapi apabila saya bertanyakan hal gaji, pihak pengurusan berkata majikan belum ada jawapan. Dalam keluarga, saya sahaja yang bekerja kerana suami saya tidak lagi sihat. Apabila tidak ada gaji ini, saya sangat susah hati,” luahnya.
Pada masa sama, Kulasegaran berkata pihaknya meminta agar Kementrian Sumber Manusia (KSM) dapat menyiasat dan mengambil tindakan segera untuk membela nasib enam pekerja berkenaan.
“Saya mohon agar KSM dapat mengambil tindakan susulan dengan kadar segera berhubung perkara ini. Ini kerana saya difahamkan bahawa syarikat yang mereka bekerja adalah syarikat asing.
“Kami bimbang sekiranya syarikat akan cuba untuk menutup operasi dan melarikan diri (daripada bertanggungjawab dalam hal ini),” ujarnya.
Dalam pada itu usaha pihak media untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak majikan terbabit gagal.
Abdul Hadi Che Awang
Wed Feb 16 2022
Kata pengadu, pihak majikan seolah-olah tidak mengambil kisah soal kebajikannya dan rakan-rakan sekerja yang lain. - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pekerja kilang kosmetik dakwa tidak dibayar gaji selama lapan bulan
Enam orang pekerja di sebuah kilang pembuatan barangan kosmetik mendakwa ditindas pihak majikan apabila gaji mereka selama lapan bulan tidak dibayar.