Seorang pekerja kontrak yang sedang menjalankan kerja-kerja mengecat di kawasan Pangkalan Kargo Prai di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut pada Khamis.
Komander Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Pulau Pinang, Ismail Ibrahim berkata, mangsa Mohd Khairul Azhar Mat Arik, 29, dipercayai terjatuh ke dalam laut dari atas jambatan yang menghubungkan antara kapal kargo ke darat semasa kerja-kerja mengecat di kawasan tersebut.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.37 tengah hari memaklumkan kejadian itu dan jentera pertama tiba di lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian. Sampai di lokasi saksi memaklumkan mangsa terjatuh ketika kerja mengecat dijalankan dan keadaan air pada masa itu bergelora dan berarus kuat," katanya di sini.
Beliau berkata pihak bomba membuat 'size up' di lokasi kejadian dan menjalankan operasi mencari serta menyelamat mangsa dijalankan dengan bantuan polis, pasukan bomba Penang Port dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Ismail berkata pihaknya turut membuat pencarian dengan menyelam di kawasan mangsa dipercayai terjatuh.
"Sehingga pukul 7 malam (Khamis), mayat mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dihentikan pukul 8 malam kerana cuaca semakin gelap sebelum ia disambung semula kira-kira pukul 9 pagi Jumaat," katanya.
Sementara itu, seorang rakan mangsa dikenali sebagai Rozali, 30-an, berkata semasa kejadian dia berada tidak jauh dari mangsa sebelum tiba-tiba ternampak rakannya terjatuh ke dalam laut.
"Mangsa mungkin hilang imbangan badan sebelum dia terjatuh, kami cuba membantu tetapi dia terus tenggelam dibawa ombak," katanya.
-- Bernama
Bernama
Thu Dec 14 2017
Mohd Khairul Azhar dipercayai terjatuh ke dalam laut dari atas jambatan yang menghubungkan antara kapal kargo ke darat semasa kerja-kerja mengecat di kawasan Pangkalan Kargo Prai. - Gambar hiasan
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Tong gas memasak meletup, wanita melecur pada muka dan badan
Seorang wanita melecur pada bahagian badan dan muka selepas tong gas di rumah sewanya di Flat Taman Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang meletup.
13 cedera dalam kemalangan 4 kenderaan
Kemalangan jam 8.55 pagi itu melibatkan dua buah kereta jenis MPV Ssang Yong dan Honda Civic, sebuah lori treler dan sebuah van.
Pekerja kontrak sedang mengecat terjatuh ke dalam laut
Seorang pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja mengecat di kawasan Pangkalan Kargo Prai dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam laut.