NATIONAL
Pekerja ladang wanita maut dipukul rakan sekerja

Kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati. - Gambar hiasan
BELURAN: Selepas tujuh hari bertarung nyawa, seorang pekerja ladang maut akibat dipukul rakan sekerja dalam satu pergaduhan di sebuah ladang di Paitan, di sini.
Ringkasan AI
- Seorang pekerja ladang wanita berusia 43 tahun meninggal dunia selepas dipukul oleh rakan sekerja dalam satu pergaduhan di Paitan pada 8 Jun lalu, dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada Ahad.
- Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid, menyatakan bahawa pergaduhan tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek, seorang wanita berusia 25 tahun yang memukul mangsa dengan kayu.
- Kes ini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, manakala dalam kejadian berasingan di Telupid, seorang wanita berusia 22 tahun mengalami kecederaan parah akibat pergaduhan, dan suspek wanita berusia 41 tahun ditahan serta disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
"Mangsa dan suspek dikatakan kenal sebagai rakan dan ketika kejadian, mereka bergaduh dan mangsa dipukul menggunakan kayu.
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital namun selepas seminggu kemudian disahkan meninggal dunia," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran pada Selasa.
Katanya lagi, susulan kejadian itu, kes diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, Hasan memaklumkan terdapat satu lagi kes melibatkan pergaduhan di sebuah ladang di Telupid.
"Kejadian berlaku pada Ahad lalu di mana seorang wanita berusia 22 tahun mengalami kecederaan parah dalam satu pergaduhan sesama pekerja.
"Seorang suspek wanita berusia 41 tahun ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami