awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai Imigresen AS diserang di Minneapolis - Vance
Bursa Malaysia melonjak 1.4 peratus, cecah paras tertinggi baharu sejak pertengahan Okt 2018
Tiada pertindihan aplikasi dalam pelepasan melalui autogate kod QR - KP Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja lebuh raya maut dilanggar

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
09/01/2018
09:19 MYT
Pekerja lebuh raya maut dilanggar
Mangsa dikatakan tidak meletakkan sebarang tanda amaran sebagai langkah keselamatan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI
Seorang pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) yang sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan jalan, maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM14.6 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), pada Selasa.
Dalam kemalangan jam 12.05 tengah hari itu, mangsa, Mohd Arif Ghazali, 27 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang sedang membuat kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilanggar oleh sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 36 tahun.
Katanya, mangsa sebelum itu dikatakan tidak meletakkan sebarang tanda amaran sebagai langkah keselamatan ketika menjalankan kerjanya itu.
Tindakannya itu menyebabkan sebuah kereta yang datang dari arah Lunas, Kedah terpaksa berhenti secara mengejut bagi memberi laluan kepada pekerja berkenaan menjalankan tugasnya.
Bagaimanapun, sebuah lori yang datang dari arah sama gagal mengawal kenderaannya sebelum merempuh kereta yang berhenti di hadapannya dan menyebabkan kenderaan itu melanggar mangsa.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#BKE
#Kemalangan Lebuh Raya
#kerja penyelenggaraan
#lebuhraya butterworth kulim
#pekerja lebuh raya
#PROPEL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan