awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja p-hailing buat aksi ala 'Superman' didakwa

Sinar Harian
Sinar Harian
09/02/2024
10:15 MYT
Pekerja p-hailing buat aksi ala 'Superman' didakwa
Muhammad Nur Aiman dibawa keluar selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Temerloh pada Jumaat. - Gambar/ Sinar Harian
TEMERLOH: Seorang pekerja p-hailing mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh di sini pada Jumaat atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada Ahad lalu.
Tertuduh, Muhammad Nur Aiman Ismail, 25, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamed Shah Reza Noor Azman.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada pengguna jalan raya lain.
Kesalahan didakwa dilakukan jam kira-kira jam 5 petang, 4 Februari lalu di Kilometer (KM) 96.3 sehingga KM98 LPT arah timur, di sini.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.<
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Khalilah Zaberi dan tertuduh diwakili peguam, Mazieera RA Sharifuddin.
Mazieera memberitahu, tertuduh yang masih bujang dalam rayuannya menyatakan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan serta menanggung ibu bapa dan adiknya.
Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin serta sebutan semula kes pada 14 Mac depan.
Sebelum ini, aksi tertuduh menunggang ala 'Superman' berjaya dirakam pengguna LPT terbabit dan tular di media sosial. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#aksi superman
#Tular
#kes mahkamah
#LPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan