awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
12/01/2025
03:00 MYT
Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Mangsa telah membuat sembilan transaksi berjumlah RM48,905.41 ke tujuh akaun bank berbeza menggunakan wang simpanannya. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 51 tahun itu menyertai skim terbabit menerusi aplikasi WhatsApp pada 3 Jan lepas.
Beliau berkata mangsa yang berasal dari Gong Badak, Kuala Nerus mendakwa dijanjikan keuntungan sebanyak RM5,890 dalam tempoh enam hingga 24 jam dengan nilai pelaburan serendah RM400.
"Mangsa yang membuat pelaburan awal sebanyak RM400 telah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp pelaburan yang turut disertai lima 'pelabur' lain.
"Suspek memaklumkan bahawa mangsa telah mendapat keuntungan daripada pelaburan itu dan perlu membuat bayaran untuk urusan pengeluaran keuntungan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azli berkata mangsa telah membuat sembilan transaksi berjumlah RM48,905.41 ke tujuh akaun bank berbeza menggunakan wang simpanannya.
"Setelah membuat segala bayaran, mangsa masih tidak menerima keuntungan dijanjikan. Mangsa kemudian membuat laporan polis pada tengah hari semalam apabila berasa ditipu," katanya menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#skim pelaburan
#pekerja pelantar minyak
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan