awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja pembaikan maut terjatuh bumbung kilang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
13/07/2024
08:00 MYT
Pekerja pembaikan maut terjatuh bumbung kilang
Mangsa yang berusia 29 tahun itu disahkan meninggal dunia di hospital ketika diberi rawatan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Seorang pekerja asing maut selepas terjatuh dari bumbung setinggi 12 meter (m) ketika sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan alang dan atap di kilang pembuatan di Perai di sini.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari Jumaat, mangsa lelaki berusia 29 tahun bersama tiga pekerja lain sedang menjalankan kerja-kerja mengetatkan nut pada alang besi di kawasan kemalangan terbabit.
Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepasukan pegawai penyiasat pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima pemberitahuan mengenai kemalangan itu.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja kontraktor yang dilantik oleh kilang terbabit untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan alang dan bumbung.
“Sebelum kejadian, mangsa bersama tiga pekerja lain sedang menjalankan kerja-kerja mengetatkan nut pada alang besi di kawasan kemalangan terbabit.
“Bagaimanapun, mangsa dikatakan telah terjatuh dari ketinggian 12m dan telah dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dilaporkan meninggal dunia,” kata kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, ekoran daripada kematian mangsa, JKKP telah mengeluarkan notis pemberhentian serta merta ke atas kerja-kerja di kawasan kejadian di kilang terbabit sehingga siasatan selesai dijalankan.
Pihak majikan juga diarahkan untuk menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan, dan membuat pembentangan kes kepada pihak jabatan.
Siasatan akan dijalankan dengan mendapatkan dokumen berkaitan, dan merakam percakapan dalam pemeriksaan bagi saksi yang dikenal pasti dan lawatan susulan ke premis majikan selepas tindakan penambahbaikan dan pencegahan diambil.
Tegasnya, menjadi tanggungjawab majikan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Topic Berkaitan
#kemalangan tempat kerja
#warga asing
#jatuh bumbung
#JKKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan