awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja pembersihan maut dilanggar warga emas ketika potong rumput

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/08/2022
10:46 MYT
Pekerja pembersihan maut dilanggar warga emas ketika potong rumput
Mangsa berusia 68 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah. - Gambar/ Astro AWANI
KULIM: Seorang pekerja kontrak pembersihan maut setelah dilanggar sebuah kereta dipandu warga emas berusia 77 tahun ketika memotong rumput di tepi jalan di Taman Selasih, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Mohd Redzuan Salleh berkata, kejadian jam 1 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila pemandu kereta terbabit hilang kawalan.
“Ketika kejadian mangsa sedang mesin rumput di Jalan 4 Taman Selasih manakala kereta jenis Proton Iswara berkenaan datang dari kawasan perniagaan Taman Selasih hendak pulang ke rumah di lorong 8/3 Taman Selasih.
“Apabila tiba di tempat kejadian pemandu kereta berkenaan telah hilang kawalan dan melanggar mangsa yang sedang berada di kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Redzuan berkata, mangsa berusia 68 tahun itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim (HK) untuk bedah siasat.
Katanya, polis menahan pemandu itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Pemandu kereta terbabit mempunyai lesen memandu dan sehingga 2025 manakala kereta itu juga mempunyai cukai jalan dan masih sah sehingga 22 Ogos ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#pekerja pembersihan dilanggar
#Potong Rumput
#Kulim
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan