awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja pembersihan maut jatuh jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/02/2018
11:30 MYT
Pekerja pembersihan maut jatuh jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah
Rosli tercampak ke bawah jambatan lebuh raya dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Facebook/Penang Kini
Seorang pekerja pembersihan lebuh raya maut selepas tercampak ke bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah dekat Batu Kawan, Pulau Pinang dalam kejadian kemalangan malam Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Rosli Saludin, 39 bersama seorang lagi rakannya dikatakan sedang mencabut rumput di tengah jalan (lorong kanan) berhampiran pembahagi lebuh raya berhampiran susur ke Plaza Tol Bandar Cassia/Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki.
Akibat kejadian itu, Rosli tercampak ke bawah jambatan lebuh raya dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala rakannya pula mengalami patah kaki sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. Rakan Rosli yang turut dirempuh mengalami kecederaan di kaki dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
Rakan Rosli yang turut dirempuh mengalami kecederaan di kaki dan dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Shafee Abdul Samad memaklumkan hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang papan tanda mahupun kon dipasang ketika kerja-kerja pembersihan dilakukan.
Katanya, pemandu kereta berkenaan yang berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah tampil ke balai polis bagi melaporkan kejadian itu.
"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Topic Berkaitan
#batu kawan
#dirempuh
#Jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah
#lebuh raya
#maut
#pulau pinang
#Shafee Abdul Samad
#tercampak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan