awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja restoran asam pedas mengaku rakam gambar pelanggan dalam tandas

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
05/12/2022
06:41 MYT
Pekerja restoran asam pedas mengaku rakam gambar pelanggan dalam tandas
Tertuduh turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret. - Gambar hiasan
AYER KEROH: Tindakan terkutuk seorang remaja yang juga pekerja sebuah restoran asam pedas, merakam gambar pelanggan yang sedang membuang air kecil di tandas premis itu membawah padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.
Tertuduh Muhammad Azizi Hazim Kamarudin, 18 tahun, turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhkan hukuman ke atas pesalah muda itu sementara menunggu laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan semula kes.
Mengikut kertas pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa telah merakam gambar mangsa ketika sedang buang air kecil di sebuah restoran asam pedas tanpa pengetahuannya menggunakan telefon bimbit yang mana perbuatan itu mengaibkan kehormatan mangsa.
Kesalahan itu dilakukan di sebuat premis di Jalan PM3, Plaza Mahkota, dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 3.35 petang 14 November lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J Banusha memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius selain turut mencadangkan jaminan RM8,000.
Peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan memandangkan anak guamnya telah insaf dan ini merupakan kesalahan pertamanya.
Jelasnya, remaja itu juga hanya meraih pendapatan RM350 seminggu sebagai pekerja di restoran berkenaan dan perlu menyara kedua ibu bapanya.
Majistret Mazana Sinin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Januari tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak JKM.
Topic Berkaitan
#rakam dalam tandas
#restoran asam pedas
#pelanggan
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan