awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja sosial tonggak utama lindungi kanak-kanak - UNICEF

Pia Ernadya
Pia Ernadya
16/10/2025
11:56 MYT
Pekerja sosial tonggak utama lindungi kanak-kanak - UNICEF
Saskia Blume sokong pelaksanaan RUU Profesion Kerja Sosial oleh KPWKM, namun menekankan keperluan pelaburan kewangan mencukupi untuk keberkesanan perlindungan. -Gambar UNICEF
KUALA LUMPUR: Peranan pekerja sosial perlu diperkasa segera bagi memastikan sistem perlindungan kanak-kanak di negara ini benar-benar berfungsi di peringkat komuniti dan sekolah.

Ringkasan AI
  • UNICEF Malaysia gesa pemerkasaan segera peranan pekerja sosial sebagai barisan hadapan perlindungan kanak-kanak, terutama di komuniti dan sekolah.
  • Saskia Blume sokong pelaksanaan RUU Profesion Kerja Sosial oleh KPWKM, namun menekankan keperluan pelaburan kewangan mencukupi untuk keberkesanan perlindungan.
  • Susulan insiden pelajar maut ditikam, beliau tegaskan keperluan persekitaran sekolah yang selamat serta intervensi seperti pendidikan empati dan saluran aduan tanpa nama.

Ketua Perlindungan Kanak-Kanak Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Saskia Blume menegaskan, pekerja sosial adalah barisan hadapan dalam melindungi kanak-kanak daripada penderaan, pengabaian dan keganasan.
Justeru, tenaga kerja yang terlatih serta profesional amat diperlukan.
“Di Malaysia, kita sebenarnya mempunyai ramai pekerja sosial profesional dan berkelayakan dalam negara.
“Dengan usaha oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk melaksanakan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS), saya percaya ia akan memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada bidang ini.
“Tetapi usaha ini juga perlu disertai dengan pelaburan kewangan yang mencukupi.
"Ini seruan kepada Ahli Parlimen dan pihak pembuat dasar supaya pihak berkuasa berkaitan menerima peruntukan secukupnya bagi melaksanakan tugas mereka dengan berkesan,” katanya kepada Astro AWANI pada Persidangan Dwi Tahunan Antarabangsa mengenai Penjagaan Alternatif untuk Kanak-Kanak di Asia (BICON 2025), di ibu negara, pada Khamis.
Mengulas insiden seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut selepas ditikam berulang kali oleh seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di tandas sebuah sekolah di Bandar Utama pada Selasa, Saskia menegaskan setiap kanak-kanak berhak ke sekolah dalam keadaan selamat.
“Tiada kanak-kanak yang sepatutnya berasa tidak selamat di mana-mana persekitaran, terutamanya di sekolah. Usaha pencegahan mesti menjadi teras kepada semua langkah perlindungan.
“Pekerja sosial boleh memainkan peranan penting dalam hal ini, namun ia juga perlu disokong pelbagai intervensi lain seperti program pencegahan keganasan, pendidikan empati di sekolah serta saluran aduan yang selamat dan tanpa nama,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#UNICEF
#jenayah
#KPWKM
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan