KEPALA BATAS: Seorang pekerja swasta kerugian RM44,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai kesihatan dan anggota polis berpangkat inspektor.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad berkata, wanita berusia 27 tahun berkenaan sebelum itu menerima panggilan daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai pegawai perubatan memaklumkan mangsa telah mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan awam secara berlebihan sebanyak 16 kali dalam tempoh sebulan.
Menurutnya, mangsa menafikan dakwaan tersebut, namun panggilan telefon itu disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Yong kononnya dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
"Dalam perbualan telefon itu, Inspektor Yong memaklumkan yang mangsa sebenarnya terlibat dengan pengubahan wang haram melibatkan wang berjumlah RM2.7 juta.
"Wanita ini kemudian diminta menyerahkan maklumat perbankan kononnya untuk semakan sebelum tindakan membekukan akaun mangsa.
"Namun setelah semua maklumat yang diminta diberikan, mangsa mendapati wang simpanannya berjumlah RM44,000 telah dipindahkan ke akaun tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Mohd Radzi berkata, menyedari dirinya telah menjadi mangsa penipuan, wanita itu kemudiannya tampil membuat laporan.
Beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai penjawat awam terutamanya pihak polis yang meminta maklumat perbankan.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 20 2021

Seorang pekerja swasta kerugian RM44,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai kesihatan dan anggota polis berpangkat inspektor. -Gambar hiasan

Jualan Proton meningkat 162 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023
Jualan Proton Holdings Bhd meningkat sebanyak 162.3 peratus tahun ke tahun dengan 11,681 unit kenderaan dijual pada Januari 2023 sekali gus mencatatkan jualan Januari yang terbaik sejak 2013.

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Pekerja swasta rugi RM44,000 diperdaya 'Inspektor Yong'
Mangsa pada mulanya telah dituduh mengambil ubat di sebuah klinik kesihatan awam secara berlebihan sebanyak 16 kali dalam tempoh sebulan.