awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis politik Perlis: ADUN tunggal pembangkang ikrar beri kerjasama baik demi rakyat

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
28/12/2025
02:10 MYT
Krisis politik Perlis: ADUN tunggal pembangkang ikrar beri kerjasama baik demi rakyat
Menurut Ay Ling, krisis politik yang berlaku di Perlis wajar diselesaikan segera agar proses pemulihan pentadbiran dapat dilaksanakan secepat mungkin. - Gambar Astro AWANI
KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling berikrar akan memberikan kerjasama yang baik kepada kerajaan baharu yang akan dibentuk kelak susulan krisis politik yang berlaku di negeri itu.
Beliau yang juga ADUN tunggal pembangkang di Perlis menjelaskan, tindakan itu adalah bagi memastikan kestabilan pentadbiran politik negeri dapat dibentuk sekali gus memacu kemajuan ke arah yang lebih baik.
Tambahnya, krisis politik yang berlaku di Perlis wajar diselesaikan segera agar proses pemulihan pentadbiran dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Dalam masa sama, Ay Ling menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dalam memutuskan apa jua keputusan termasuk perlantikan Menteri Besar (MB) yang baharu.
"Kita yang penting, saya sebagai wakil rakyat, saya dapatkan amanah dan restu daripada rakyat, apa yang buat, saya lakukan, apa yang saya jalankan, saya memang utamakan kepentingan rakyat khususnya dalam kerajaan negeri Perlis ini.
"Kita tengok budaya orang Perlis ini memang sopan, memang baik, tak mau kecoh sangat, biar macam mana pun saya pasti rakyat negeri Perlis pun mahu satu negeri yang maju ke depan, kita mahu ada kerajaan yang boleh melaksanakan dan boleh membawa pembangunan negeri, membawa pembangunan ekonomi dapat kepada rakyat negeri Perlis, itu yang paling diutamakan, jelasnya.
Ay Ling berkata demikian ketika ditemui media, di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ketua Pembangkang DUN Perlis berkata, mana-mana individu yang berkemungkinan diangkat sebagai Menteri Besar yang baharu perlu komited dalam menjamin kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.
"Saya berharap MB yang baharu ada pandangan yang jauh, dia (perlu) berjiwa besar, berjiwa rakyat dan sentiasa memikirkan pembangunan, dia mesti ada satu target dan hala tuju yang jauh dalam membawa pembangunan kepada negeri Perlis,
"Apa-apa pun saya berharap MB yang baru ini niat dia, tekad dia memang betul-betul untuk membantu rakyat negeri Perlis dan pembangunan negeri ini," tegas Ay Ling lagi.
ADUN Indera Kayangan itu merupakan wakil pembangkang tunggal di DUN Perlis, berikutan Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 daripada 15 kerusi pada pilihan raya umum 2022.
Topic Berkaitan
#Perlis
#krisis politik
#Menteri Besar Perlis
#ADUN Indera Kayangan
#Gan Ay Ling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan