Apakah nasib kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad sekarang ini?
Setelah hampir tiga bulan tidak dibayar gaji, seramai 769 kakitangan syarikat akhbar itu terpaksa menanggung derita sehingga ada yang berhutang dengan 'ah long' dan sanggup menggadaikan harta yang mereka miliki demi meneruskan kehidupan seharian.
Bagi yang mempunyai anak kecil pula, mereka mendakwa terpaksa memberi air sirap untuk menggantikan susu yang sudah tidak mampu dibeli kerana ketiadaan wang.
Ekoran nasib tidak menentu yang kini ditanggung kakitangan syarikat itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini mendesak Pengerusi Utusan Melayu Datuk Aziz Sheikh Fadzir melepaskan pegangan sahamnya dengan kadar segera demi kepentingan syarikat akhbar itu.
Menurut Setiausaha Agung NUJ, Chi Sung Chew, UMNO pula secara jelasnya tidak mempedulikan nasib kakitangan Utusan ketika ini sehingga sanggup melihat mereka menderita.
“UMNO adalah parti yang membela nasib orang Melayu tetapi pada hakikatnya pekerja Melayu di syarikat sendiri pun tidak terbela,” katanya sewaktu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Lebih menyedihkan, tambah Chin, mereka yang bekerja di Utusan juga mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja kerana tiada wang untuk mengisi petrol kenderaan, dan apatah lagi untuk melakukan tugasan liputan di lokasi tertentu.
“Ramai ahli kami sekarang diburu oleh bank-bank lantaran gaji kerap dibayar lewat sejak awal tahun ini. Malah ia menjadi lebih teruk apabila gaji langsung tidak dibayar pada bulan lalu (Julai),” ujar Chin.
Lebih parah, Chin turut menjelaskan bahawa wang potongan gaji seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), zakat, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), pinjaman bank dan Tabung Haji pula ibarat 'dirompak' kerana bayarannya tidak sampai ke agensi berkenaan sedangkan dalam slip gaji, ia dipotong seperti biasa.
“Sudahlah tidak dibayar gaji bulanan, ahli kami di Utusan sudah lima tahun tidak menikmati kenaikan gaji mengikut perjanjian bersama atas alasan syarikat tidak mempunyai sumber kewangan.
“Namun, peliknya syarikat di bawah kepimpinan Aziz ini boleh pula menaikkan gaji kakitangan atasan sehingga 10 ke 30 peratus sejak April lalu walaupun dikatakan tiada wang,” tambah beliau.
Chin menyifatkan bahawa tindakan seperti itu bukan sahaja bersikap pilih kasih atau ‘double standard’ tetapi juga bertujuan menjejaskan keharmonian dalam kalangan pekerja dalam Utusan.
Ekoran itu, beliau berkata, NUJ akan mengadakan piket di hadapan pejabat Utusan pada 19 Ogos jika gaji masih belum dibayar. Ia akan dilakukan untuk memberi tekanan kepada pihak pengurusan supaya menjual sebahagian aset syarikat untuk membayar gaji dan tuntutan kakitangan.
NUJ juga telah menubuhkan dana untuk membantu kakitangannya. Wang itu boleh disalurkan ke akaun CIMB NUJ di 8000367100.
Faris Danial Razi
Fri Aug 09 2019
'Orang kuat' di sebalik NUJ, (dari kiri) Muhammad Basir Abu Baklar, Chin Sung Chew dan Bahatruddin Yaacob mahu tindakan segera diambil demi membela nasib kakitangan Utusan. - Astro AWANI/Faris Danial
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Pengurusan Kumpulan Utusan jangan khianat kakitangan - Ahli Parlimen
Pengurusan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad harus bertanggungjawab terhadap semua kakitangan yang diberhentikan termasuk yang telah mengambil skim Pemberhentian Kerja Secara Sukarela (VSS)
Pekerja Utusan menderita, berhutang 'ah long', susu anak berganti sirap
Seramai 769 kakitangan Utusan terpaksa menanggung derita sehingga ada yang berhutang dengan 'ah long' dan sanggup menggadaikan harta sendiri.