awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekhidmat Indonesia dibayar ikut kadar gaji minimum negara masa ini - Saravanan

Bernama
Bernama
13/04/2022
10:00 MYT
Pekhidmat Indonesia dibayar ikut kadar gaji minimum negara masa ini - Saravanan
Gaji bagi pekhidmat domestik Indonesia akan dibayar tidak kurang daripada gaji minimum yang sedang terpakai di negara ini.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gaji bagi pekhidmat domestik Indonesia akan dibayar tidak kurang daripada gaji minimum yang sedang terpakai di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata perkara itu adalah antara yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman Berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia di Malaysia yang ditandatangani pada 1 April 2022.
"Saya berharap tiada lagi kekeliruan yang timbul berkaitan dengan gaji bagi pekhidmat domestik Indonesia selepas ini," katanya dalam kenyataan hari ini. Kadar gaji minimum pada masa ini adalah RM1,200.
Pada 19 Mac lepas kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021, dengan ia akan berkuat kuasa terlebih dahulu membabitkan syarikat-syarikat besar dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekhidmat domestik Indonesia
#Saravanan
#gaji minimum
#ismail sabri yaakob
#MoU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan