awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabuhan Klang, Banting catat bacaan IPU berbahaya setakat 7 pagi tadi

Astro Awani
Astro Awani
14/03/2014
02:35 MYT
Pelabuhan Klang, Banting catat bacaan IPU berbahaya setakat 7 pagi tadi
Pelabuhan Klang dan Banting mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya setakat 7 pagi ini dengan masing-masing mencecah 352 dan 316.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Pelabuhan Kelang meningkat dari bacaan 233 (sangat tidak sihat) pada 6 petang semalam kepada paras berbahaya pagi ini manakala Banting dari bacaan 189 kepada 316.
13 kawasan mencatat IPU tidak sihat ialah Petaling Jaya dengan bacaan 186, Putrajaya (176), Batu Muda (176), Shah Alam (165), Cheras (147), Kuala Selangor (152), Nilai (165), Port Dickson (168), Seremban (155), Bukit Rambai (134), Bandaraya Melaka (115), Muar (111) dan Tanjung Malim (107).
Sementara 18 kawasan lain mencatat IPU sederhana dan 18 lagi mencatat bacaan IPU baik. Semalam Jabatan Pelajaran Selangor mengarahkan semua 131 sekolah di daerah Klang ditutup serta-merta hari ini berikutan bacaan IPU di kawasan itu mencecah bacaan sangat tidak sihat, sejak petang semalam.
Bacaan IPU yang baik berada antara 0-50, sederhana pada 51-100, tidak sihat (100-200), sangat tidak sihat (200-300) dan berbahaya (lebih 300).
Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.
Topic Berkaitan
#indeks pencemaran udara (IPU)
#Jabatan Alam Sekitar (JAS)
#Jabatan Pelajaran Selangor
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan