awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabuhan Tanjung Pelepas rekod pencapaian baharu, satu daripada 15 pelabuhan tersibuk dunia

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2022
08:27 MYT
Pelabuhan Tanjung Pelepas rekod pencapaian baharu, satu daripada 15 pelabuhan tersibuk dunia
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kanan) bersama Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad ketika mengadakan lawatan kerja di Terminal PTP Gelang Patah hari ini. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di sini terus mengukuhkan kedudukan sebagai satu daripada 15 pelabuhan tersibuk di dunia apabila merekodkan pencapaian baharu menjadi terminal kontena pertama Malaysia melepasi jumlah kendalian kontena melebihi 11 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU), tahun lalu.
Rekod kendalian itu dicapai ketika proses kendalian kontena di kapal Maersk Amazon, kira-kira jam 10 pagi, 25 Disember 2021.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, PTP mencatatkan jumlah kendalian sebanyak 11.2 juta TEU pada akhir 2021 dengan nilai pertumbuhan 14 peratus berbanding 9.8 juta TEU pada 2020.
Katanya lagi, pencapaian itu merupakan kejayaan terbesar dicatatkan PTP dan sesuatu yang amat membanggakan.
“Walaupun dalam keadaan kita bersaing dengan pelabuhan kedua besar di dunia tetapi PTP tunjuk kelebihannya dari beberapa sudut dan inilah daya tarikan kepada shipping line antarabangsa.
“Sebab itulah kita datang ke sini kita meraikan kejayaan ini dan tahniah kepada Kerajaan Negeri Johor kerana banyak bantu PTP selesaikan masalah dan mempermudahkan, selesaikan urusan PTP,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis meraikan pencapaian PTP itu di Terminal PTP di sini pada Jumaat.
Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Marco Neelsen.
Wee Ka Siong berkata, pertumbuhan PTP yang luar biasa selama ini jelas menunjukkan nilai tambah sektor maritim kepada kesejahteraan ekonomi Malaysia serta kepentingan ekonomi perdagangan kepada negara.
PTP mempunyai rekod prestasi yang cemerlang bukan sahaja dalam industri maritim dan logistik tempatan, tetapi juga kejayaannya dalam membangunkan masyarakat sekitar khususnya di kawasan Gelang Patah.
Topic Berkaitan
#Pelabuhan Tanjung Pelepas
#Wee Ka Siong
#Hasni Mohammad
#pelabuhan paling sibuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan